Ayat tanya dalam al-Quran : satu analisis pragmatik

Setiap ayat tanya yang dituturkan itu mengandungi makna tertentu, dan tidak semestinya membawa makna tujuan pertanyaan. Pentafsiran yang salah terhadap ayat tanya yang berbagai-bagai dalam bentuk pertuturan dan penulisan memberi implikasi terhadap ketepatan yang ingin disampaikan. Hal ini disebabkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Zaidi Zakaria, Ibrahim Abdullah, Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19989/1/34260-106894-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19989/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1205
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Setiap ayat tanya yang dituturkan itu mengandungi makna tertentu, dan tidak semestinya membawa makna tujuan pertanyaan. Pentafsiran yang salah terhadap ayat tanya yang berbagai-bagai dalam bentuk pertuturan dan penulisan memberi implikasi terhadap ketepatan yang ingin disampaikan. Hal ini disebabkan ketepatan maksud ayat tanya seseorang misalnya tidak dapat diukur menerusi ungkapan semata-mata kerana ada kalanya seseorang itu mempunyai maksud yang lain, bukan seperti yang diucapkan mengikut pemahaman pendengar ketika itu. Apatah lagi ujaran ayat tanya dalam Al-Quran yang sudah pasti mempunyai makna implisit yang begitu luas di samping ayat Al-Quran yang mempunyai nilai balaghah yang sangat tinggi. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan makna eksplisit dan implisit yang terkandung dalam ujaran ayat tanya berdasarkan konteks. Kajian ini merupakan satu penyelidikan teks dokumen dari perspektif pragmatik yang menganalisis wacana lisan ayat tanya dalam surah al-Naml. Pengkaji melakukan penelitian terhadap variasi ayat tanya dan makna ayat berdasarkan konteks. Data kajian dianalisis berlandaskan Teori Relevan yang di kemukakan oleh Sperber dan Wilson (1986) dan diolah mengikut kesesuaian kajian teks Al-Quran berdasarkan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh ahli tafsir yang muktabar yang telah pun dipersetujui khususnya pendapat-pendapat di dalam bidang bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa ayat tanya dalam surah al-Naml bukan sahaja berfungsi sebagai pertanyaan tetapi sebagai pengungkap pelbagai fungsi lain seperti mempersenda, memberi amaran, dan mencela. Ujaran ayat tanya ini berfungsi dengan sempurna dalam usaha memberi kefahaman kepada pendengar dengan mesej tersirat yang mungkin tidak dapat disampaikan dengan gaya bahasa yang lain.