Faktor tingkah laku merokok dalam kalangan mahasiswa universiti
Tingkah laku merokok dianggap sebagai aktiviti negatif yang boleh memberi kesan terhadap kesihatan khususnya kepada individu, keluarga dan masyarakat. Sebahagian perokok di Malaysia adalah daripada golongan remaja. Begitu juga, mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi, mereka juga terdiri daripada g...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20027/1/admin_personalia%2C%2BArtikel-15_NOREMY-MD-AKHIR.pdf http://journalarticle.ukm.my/20027/ https://www.ukm.my/personalia/publication-category/jilid-21-bil-2/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Tingkah laku merokok dianggap sebagai aktiviti negatif yang boleh memberi kesan terhadap kesihatan
khususnya kepada individu, keluarga dan masyarakat. Sebahagian perokok di Malaysia adalah daripada golongan
remaja. Begitu juga, mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi, mereka juga terdiri daripada golongan remaja
yang mempunyai keinginan yang sama dan tidak terkecuali daripada tingkah laku merokok. Namun, apakah
sebenarnya faktor yang mempengaruhi mahasiswa terlibat dalam tingkah laku merokok sedangkan mereka
sering dijadikan model dan idola kepada golongan remaja. Malah mahasiswa juga sering dianggap sebagai aset
dalam tunjang pembangunan negara pada masa hadapan. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
meneroka faktor yang mendorong mahasiswa terlibat dalam tingkah laku merokok. Kajian yang dijalankan adalah
berbentuk kualitatif dengan menggunakan kajian kes sebagai reka bentuk kajian. Seramai enam orang perokok
tegar yang terdiri daripada pelajar tahun akhir peringkat ijazah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dipilih
sebagai responden menggunakan persampelan snow ball (bola salji). Teknik pengumpulan data yang digunakan
adalah temu bual secara bersemuka menggunakan panduan soalan semi struktur. Data yang diperoleh seterusnya
dianalisis menggunakan tematik analisis. Hasil kajian yang dijalankan mendapati, faktor yang mempengaruhi
responden dalam tingkah laku merokok adalah pengaruh rakan, tekanan, kepuasan peribadi, sifat ingin tahu dan
persepsi peribadi. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini diharap akan dapat membantu pihak universiti merangka
tindakan khusus atau menambah baik intervensi sedia ada bagi memastikan mahasiswa universiti bebas daripada
tingkah laku merokok. |
---|