Neksus antara indeks syariah dan fundamental makroekonomi
Kajian ini mengukur indeks Syariah berdasarkan Indeks Financial Times Stock Exchange (FTSE) Bursa Malaysia Emas Syariah dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Syariah. Manakala pemboleh ubah fundamental makroekonomi pula adalah penawaran wang, kadar faedah, kadar pembiayaan dan pulangan kepada pend...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20068/1/jeko_523-2.pdf http://journalarticle.ukm.my/20068/ https://www.ukm.my/jem/issue/v52i3/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini mengukur indeks Syariah berdasarkan Indeks Financial Times Stock Exchange (FTSE) Bursa Malaysia Emas
Syariah dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Syariah. Manakala pemboleh ubah fundamental makroekonomi pula
adalah penawaran wang, kadar faedah, kadar pembiayaan dan pulangan kepada pendeposit, dan indeks konvensional.
Neksus dinamik antara indeks Syariah dan pemboleh ubah fundamental makroekonomi diuji berdasarkan kointegrasi
antara pemboleh ubah bagi tempoh Julai 1999 hingga Disember 2017. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kointegrasi
antara FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah dengan pemboleh ubah makroekonomi. Namun dapatan sebaliknya bagi
FTSE Bursa Malaysia Hijrah Syariah. Pemboleh ubah yang mempengaruhi Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah
dalam jangka panjang dan jangka pendek adalah pemboleh ubah makroekonomi yang sama iaitu kadar pembiayaan
dan pulangan kepada pendeposit dan indeks konvensional. Implikasi kajian menunjukkan pemboleh ubah Sistem
Perbankan Islam yang dikaji, iaitu kadar pembiayaan dan pulangan kepada pendeposit mampu memainkan peranan
sebagai penyuntik modal kepada pasaran modal Islam dalam jangka panjang dan jangka pendek. Ini menunjukkan
indeks Syariah memerlukan polisi dan dasar yang sama dalam jangka panjang dan dalam jangka pendek bagi menjamin
kekukuhannya dalam pasaran. |
---|