Politik Melaka kontemporari : analisis pilihan raya umum negeri Melaka 2021 dan selanjutnya

PRN-15 Negeri Melaka menyaksikan perubahan lanskap politik Malaysia yang signifikan terutamanya dari aspek pemuafakatan elit, keutuhan sistem kepartian dan persaingan politik yang menghasilkan dinamika yang menarik. Persaingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Izairuddin Isnin, Muhamad Nadzri Mohamed Noor, Jamaie Haji Hamil
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20131/1/55757-192023-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20131/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1540
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:PRN-15 Negeri Melaka menyaksikan perubahan lanskap politik Malaysia yang signifikan terutamanya dari aspek pemuafakatan elit, keutuhan sistem kepartian dan persaingan politik yang menghasilkan dinamika yang menarik. Persaingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berlangsung dengan sengit sepanjang November 2021. Sewaktu Pilihan Raya Umum 2018 (PRU-14), PH menumbangkan BN dengan majoriti satu kerusi – dengan mendominasi kawasan bandar dan pinggiran bandar khasnya konsituen majoriti Cina dan campuran. Menggunapakai kaedah kajian lapangan dan juga sumber sekumber, artikel ini menhujahkan keputusan PRN Melaka 2021 secara signifikannya dibentuk oleh faktor perpecahan parti pembangkang, selain kedudukan BN sebagai penyandang di kedua-dua peringkat negeri dan persekutuan - yang memberikan parti itu kelebihan dalam memenangi pilihan raya itu. Dengan ketiadaan Bersatu (komponen Melayu konservatif) di dalam PH, dan koordinasi pembangkang yang mantap, keadaan PH di dalam PRN ini persis dengan keadaan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU 2013, meskipun pihak penyandang turut menghadapi krisis dalaman dan isu-isu besar. Implikasi kajian ini memperlihat potensi BN untuk mempertahankan kedudukannya bukan sahaja di Melaka, tetapi juga di peringkat persekutuan pada PRU ke-15 sekiranya pembangkang gagal mengkoordinasi persaingan mereka secara bersama dalam berhadapan dengan BN.