Tingkah laku delinkuen pelajar dan faktor-faktor yang mempengaruhinya

Tingkah laku delinkuen merupakan salah laku yang sering diperbahaskan dalam kehidupan seharian. Pelbagai faktor dikenalpasti telah menyumbang kepada berlakunya salah laku ini, seperti melibatkan peranan ahli keluarga, sistem pendidikan dan juga sikap masyarakat setempat. Salah laku ini boleh memberi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nik Nursyairah Nik Nordin, Mohd Nasir Selamat
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20261/1/62-Article%20Text-82-1-10-20180501.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20261/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Tingkah laku delinkuen merupakan salah laku yang sering diperbahaskan dalam kehidupan seharian. Pelbagai faktor dikenalpasti telah menyumbang kepada berlakunya salah laku ini, seperti melibatkan peranan ahli keluarga, sistem pendidikan dan juga sikap masyarakat setempat. Salah laku ini boleh memberi kesan buruk kepada pelajar dan mewujudkan pelbagai gejala sosial lain seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah yang seterusnya memberi kesan kepada masyarakat. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen bagi pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah. Seramai 211 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kaedah persampelan bertujuan dan instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini. Indikator seperti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen pelajar, aspek tingkah laku delinkuen dan latar belakang responden akan dikenalpasti melalui borang soal selidik yang digunakan. Perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 23 digunakan untuk menganalisis data kajian berdasarkan objektif yang dibentuk. Hasil kajian menunjukkan faktor guru merupakan faktor paling dominan mempengaruhi tingkah laku delinkuen pelajar berbanding faktor ibu bapa dan rakan sebaya. Secara kesimpulannya, guru dan keluarga memainkan peranan penting bagi mengawal pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan tingkah laku delinkuen.