Kebolehgajian bekas penagih dadah dari perspektif majikan

Kebanyakan bekas penagih dadah masih sukar untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor tertentu, meskipun pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan. Objektif utama kajian adalah untuk mengukur persepsi serta mengenalpasti pandangan majikan terhadap bekas penagih dadah dalam konteks kebolehga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Adibah Hussin, Rozmi Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20262/1/63-Article%20Text-84-1-10-20180501.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20262/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kebanyakan bekas penagih dadah masih sukar untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor tertentu, meskipun pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan. Objektif utama kajian adalah untuk mengukur persepsi serta mengenalpasti pandangan majikan terhadap bekas penagih dadah dalam konteks kebolehgajian. Reka bentuk kajian ‘mix-method’ telah digunakan untuk mengkaji persepsi majikan dan penerimaan mereka berdasarkan indikator yang telah diukur. Seramai 56 orang majikan telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah temu bual secara ‘open space discussion’ dan soal selidik berkaitan kebolehgajian bekas penagih turut digunakan. Berdasarkan dapatan kualitatif, terdapat empat tema utama terhadap penerimaan bekas penagih oleh majikan iaitu imej bekas penagih dadah, keputusan tidak menggajikan mereka, memberi peluang kepada mereka dan bekas penagih berhenti kerja. Hasil dapatan kuantitatif menunjukkan bahawa majoriti majikan berpandangan bekas penagih mempunyai tahap yang sederhana dari segi kemahiran serta nilai yang dimiliki. Namun, penerimaan majikan terhadap bekas penagih umumnya masih terpengaruh dengan stigma negatif masyarakat. Dari aspek yang lain, mereka masih melihat beberapa aspek positif yang ada pada diri bekas penagih seperti rajin dan menjalankan tugas sehingga majikan bersedia memberi peluang kedua kepada mereka.