Pengaruh politik dalam muzik Indie di Malaysia

Muzik indie pada asalnya bermula dari bawah tanah sehingga ia mula meledak di arena arus perdana dan hampir membenamkan aliran tersebut. Tahun-tahun kegemilangan indie kemudiannya menjadikan indie sebahagian daripada budaya popular di Malaysia. Segenlintir daripada pemuzik indie yang mula dikenali m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Amiera Norazizan, Sharifah Nursyahidah Syed Annuar
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20264/1/66-Article%20Text-90-1-10-20180501.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20264/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Muzik indie pada asalnya bermula dari bawah tanah sehingga ia mula meledak di arena arus perdana dan hampir membenamkan aliran tersebut. Tahun-tahun kegemilangan indie kemudiannya menjadikan indie sebahagian daripada budaya popular di Malaysia. Segenlintir daripada pemuzik indie yang mula dikenali masyarakat mula mengambil kesempatan dengan menjadikan kepopularan mereka sebagai medium untuk menyampaikan mesej yang berbaur politik dan penentangan kepada pemerintah. Walau bagaimanapun, masih tidak ada satu pun daripada mereka yang mengakuinya. Kajian ini akan mengkaji bagaimana indie menggunakan budaya popular sebagai medium untuk menyampaikan mesej politik. Selain dari itu, kajian ini juga akan mengkaji bagaimana budaya penentangan itu wujud dalam muzik indie. Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu selain daripada menjalankan kajian ke perpustakaan dan menggunakan sumber alternatif seperti e-journal dan e-book, hasil daripada kajian ini juga turut diperolehi daripada kajian lapangan iaitu melalui temu bual. Kajian ini telah menemu bual seramai enam orang responden dan salah satu daripadanya ialah sebuah kumpulan indie yang sedang meningkat naik iaitu kumpulan Pitahati. Hasil kajian mendapati bahawa tiga daripada responden percaya bahawa terdapat mesej dan unsur penentangan di dalam lagu-lagu yang disampaikan oleh beberapa kumpulan indie. Walau bagaimanapun, ia datang dalam sulaman seni penulisan atau dalam kata makna lain bersifat tersirat. Manakala, tiga yang lainnya melihat mesej-mesej yang dikatakan berunsur penentangan itu hanyalah sekadar pendapat penulis lirik itu sendiri. Oleh itu, hasil perbincangan telah menyimpulkan bahawa perkataan penentangan itu tidak semestinya membawa kepada huru-hara atau bangkit untuk melawan kerana sehingga kini masih tiada lagi kumpulan indie yang disekat oleh autoriti berkuasa.