Slanga sebagai wahana komunikasi dalam kalangan remaja di Bengkalis

Slanga bukanlah satu bentuk fenomena baru dalam dunia bahasa, tetapi fenomena ini mula popular dan perkembangannya sangat pesat dalam kalangan remaja untuk masa sekarang ini. Pengkaji melihat hal yang demikian berlaku di Riau, Indonesia, khususnya di kawasan Bengkalis. Menerusi kajian ini, pengkaji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tengku Fariqul Haq, Harishon Radzi
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20268/1/71-Article%20Text-100-1-10-20180501.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20268/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Slanga bukanlah satu bentuk fenomena baru dalam dunia bahasa, tetapi fenomena ini mula popular dan perkembangannya sangat pesat dalam kalangan remaja untuk masa sekarang ini. Pengkaji melihat hal yang demikian berlaku di Riau, Indonesia, khususnya di kawasan Bengkalis. Menerusi kajian ini, pengkaji berharap fenomena slanga tersebut dapat dibuktikan dan diterangkan dengan jelas. Dengan menggunakan teori domain penggunaan bahasa oleh Fishman (1972a) pengkaji akan membincangkan slanga remaja ini berdasarkan konteks. Hasil kajian menunjukkan bahawa slanga kalangan remaja di Bengkalis terbahagi kepada dua, iaitu slanga lelaki dan perempuan. Sebanyak 85 leksikal slanga diperolehi menerusi kajian lapangan kepada 60 responden remaja lelaki dan perempuan. Di samping itu, terdapat leksikal slanga yang merupakan bentuk peminjaman slanga bahasa Gaul (Indonesia) dan slanga daripada bahasa Inggeris. Kajian ini telah menyumbang kepada bidang ilmu bahasa, di samping dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada slanga-slanga yang wujud dalam kalangan remaja berkenaan. Selain itu, kajian ini mendedahkan serba sedikit mengenai remaja di Bengkalis dan cara pergaulan mereka menerusi slanga-slanga yang dihasilkan.