Unsur feminisme dalam peribahasa Melayu : analisis semantik kognitif

Peribahasa merupakan satu khazanah yang penting terutamanya dalam bahasa Melayu. Peribahasa berperanan penting sebagai alat untuk menasihati dan memberi teguran tanpa menyinggung perasaan sesiapa dalam masyarakat Melayu tradisional. Unsur feminisme di dalam peribahasa Melayu dilihat mempunyai kecend...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Nur Izzaty Salit, Norsimah Mat Awal, Harishon Radzi
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20285/1/89-Article%20Text-134-1-10-20180501.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20285/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Peribahasa merupakan satu khazanah yang penting terutamanya dalam bahasa Melayu. Peribahasa berperanan penting sebagai alat untuk menasihati dan memberi teguran tanpa menyinggung perasaan sesiapa dalam masyarakat Melayu tradisional. Unsur feminisme di dalam peribahasa Melayu dilihat mempunyai kecenderungan untuk bersifat negatif melalui kajian-kajian oleh pengkaji lepas. Makalah ini bertujuan mengenal pasti unsur feminisme yang terkandung di dalam peribahasa Melayu. Teori semantik kognitif digunakan bagi menganalisis unsur-unsur feminisme tersebut terutamanya dalam aspek skema imej dan metafora konseptual. Data peribahasa diambil daripada buku “Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai” yang melibatkan kesemua peribahasa bermula dari abjad A sehingga abjad Z. Berdasarkan data, terdapat 17 peribahasa daripada 5489 peribahasa yang mengandungi unsur feminisme. Unsur-unsur feminisme dapat dikategorikan kepada 3 iaitu (i) ciri-ciri positif wanita, (ii) ketertinggian darjat wanita dan (iii) peningkatan taraf atau kualiti hidup wanita.