Pengetahuan, sikap dan amalan belia di Lembah Klang terhadap unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan

Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan merangkumi peruntukan-peruntukan berkaitan institusi beraja, agama Islam, bahasa Melayu, dan hak istimewa orang Melayu. Namun, kini masih timbul isu pertikaian, penghinaan dan provokasi ke atas unsur-unsur tradisi ini oleh sebilangan rakyat Ma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mastura Abd Wahab, Khadijah Muda, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Siti Nor Azhani Mohd Tohar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20348/1/54924-180698-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20348/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1474
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan merangkumi peruntukan-peruntukan berkaitan institusi beraja, agama Islam, bahasa Melayu, dan hak istimewa orang Melayu. Namun, kini masih timbul isu pertikaian, penghinaan dan provokasi ke atas unsur-unsur tradisi ini oleh sebilangan rakyat Malaysia. Maka kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan, sikap dan amalan belia terhadap unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan. Kajian ini dijalankan secara keratan rentas dengan pengedaran borang soal selidik ke atas 416 respoden dalam kalangan belia pelbagai etnik secara pensampelan mudah (convenience). Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan, sikap dan amalan belia terhadap unsur-unsur tradisi secara keseluruhannya adalah tinggi. Justeru, setiap etnik di Malaysia perlu mengetahui, memahami, menerima dan menghayati sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan unsur-unsur tradisi yang menjadi peruntukan-peruntukan asas dalam perlembagaan tersebut bagi mengukuhkan sifat keluhuran terhadap perlembagaan dan meningkatkan persefahaman antara kaum yang melibatkan isu berkaitan unsur-unsur tradisi ini.