Faktor yang mempengaruhi tingkahlaku kewargaan organisasi para guru dan kakitangan sekolah di Negeri Sembilan

Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkahlaku kewargaan organisasi. Tingkahlaku Kewargaan Organisasi (TKO) dalam kajian ini adalah merupakan pemboleh ubah bersandar, manakala pemboleh ubah bebas adalah budaya organisasi, komitmen organisasi, kepuasan kerja,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurrashida Zulkarnain, Siti Fardaniah Abdul Aziz
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20439/1/188-Article%20Text-273-1-10-20191013.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20439/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/8
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkahlaku kewargaan organisasi. Tingkahlaku Kewargaan Organisasi (TKO) dalam kajian ini adalah merupakan pemboleh ubah bersandar, manakala pemboleh ubah bebas adalah budaya organisasi, komitmen organisasi, kepuasan kerja, kepimpinan transformasi dan komunikasi efektif. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan faktor yang paling mempengaruhi TKO. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dimana soal selidik telah diedarkan kepada 95 orang guru dan kakitangan sekolah di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Besar (SMKPB) dan Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Besar (SKPB) di daerah Gemas, Negeri Sembilan. Hasil kajian mendapati tidak semua pemboleh ubah bebas mempunyai hubungan dan pengaruh yang signifikan terhadap TKO; di mana kepuasan kerja merupakan faktor yang paling mempengaruhi TKO. Ini menunjukkan bahawa TKO boleh ditingkatkan dengan menambah baik budaya organisasi, komitmen organisasi dan kepimpinan transformasi yang diserta dengan kepuasan kerja sebagai mediator dalam organisasi.