Koleksi tembikar tradisional di Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu : satu penelitian awal terhadap reka bentuk dan corak

Makalah ini membincangkan tentang hasil penelitian awal yang dijalankan terhadap koleksi tembikar tradisional yang terdapat di Muzium Negeri Kelantan (MNK), Kota Bharu, Kelantan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendokumentasikan jenis, bentuk dan ragam hias tembikar Mambong menggun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suresh Narayanen, Nasha Rodziadi Khaw, Nur Nusaibah Mohd Nasir, Thinesrraj Ramomurthy, Esnita Sonie, Nini Havela Dishong
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20509/1/254-466-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20509/
http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/42
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Makalah ini membincangkan tentang hasil penelitian awal yang dijalankan terhadap koleksi tembikar tradisional yang terdapat di Muzium Negeri Kelantan (MNK), Kota Bharu, Kelantan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendokumentasikan jenis, bentuk dan ragam hias tembikar Mambong menggunakan kaedah analisis morfologi. Turut dianalisis dalam kajian ini adalah Kelantan. Antara ciri-ciri morfologi penting yang dianalisis dan direkodkan dalam kajian ini adalah ukuran tinggi, panjang, ukur keliling, bukaan mulut dan corak pada bahagian penutup, bibir, leher dan badan tembikar. Hasil penelitian mendapati terdapat lapan (8) jenis tembikar Mambong yang dihiasi dengan empat (4) jenis motif hiasan utama iaitu flora, fauna, elemen kosmos dan geometri. Setiap ragam hias ini boleh dibahagikan kepada beberapa sub-corak. Sebaliknya, tembikar tradisional dari Kampung Periok terdiri daripada satu jenis tembikar sahaja dan dihiasi dengan corak yang hampir sama dengan tembikar Mambong. Secara keseluruhannya, makalah ini telah menyumbang data dan maklumat baharu tentang koleksi tembikar tradisional yang terdapat di MNK, Kota Bharu, Kelantan. Hasil penelitian ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan ilmiah oleh penyelidik, pelajar dan komuniti yang berminat untuk mengenali seni dan budaya tembikar tradisional di Kelantan khususnya dari segi jenis tembikar, reka bentuk tembikar dan ragam hias tembikar.