Kedah Tua sebagai pelabuhan kuno perdagangan antarabangsa antara abad ke-2M sehingga 13M : lambang ketamadunan bangsa Melayu
Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan Melayu lama yang wujud sejak zaman protosejarah lagi. Penemuan pelbagai artifak dan candi oleh pengkaji arkeologi antaranya tapak ritual, tapak peleburan besi dan pelabuhan kuno membuktikan masyarakat Kedah Tua mempunyai peradaban yang tinggi. Justeru, kajia...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20521/1/59267-196105-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20521/ https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1548 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan Melayu lama yang wujud sejak zaman protosejarah lagi.
Penemuan pelbagai artifak dan candi oleh pengkaji arkeologi antaranya tapak ritual, tapak
peleburan besi dan pelabuhan kuno membuktikan masyarakat Kedah Tua mempunyai peradaban
yang tinggi. Justeru, kajian ini telah menarik perhatian pengkaji untuk menfokuskan faktor
kemunculan Kedah Tua sebagai pelabuhan kuno perdagangan antarabangsa antara abad ke-2
masihi sehingga abad ke-13 masihi. Periodisasi sepanjang 1100 tahun ini menyaksikan era
kecemerlangan kerajaan Kedah Tua khususnya dari aspek perdagangan dengan tamadun luar
antaranya China, India dan Arab. Kajian konseptual ini menggunakan kaedah kualitatif dengan
mengaplikasikan metod sejarah. Tinjauan literatur terhadap kajian-kajian arkeologi dianalisis dan
ditulis berdasarkan intrepretasi sejarah. Hasil kajian ini mendapati kedudukan geografi Kedah Tua,
sistem transaksi perdagangan yang cekap, naungan kekuasaan empayar dan hasil komoditi
tempatan menjadi pemacu kepada faktor kemunculan Kedah Tua sebagai pelabuhan kuno
perdagangan antarabangsa antara abad ke-2 masihi sehingga abad ke-13 masihi. Implikasi
penyelidikan ini meningkatkan jatidiri bangsa Melayu rentetan pembuktian kajian bahawa
masyarakat Kedah Tua sebagai tamadun bangsa yang hebat. |
---|