Kesan pemendapan elektroforesis gam arab terhadap kakisan SS316 L dalam persekitaran asid

Keluli tahan karat jenis 316L (SS316L) adalah satu logam yang berpotensi untuk digunakan sebagai plat dwikutub bagi sel fuel membran pertukaran proton (PEMFC). SS316L memiliki sifat kekonduksian elektrik dan kepasifan yang baik, namun jika digunakan pada sekitaran asid (pH 3-6), sifat pelarutan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: I Gusti Ayu Arwati, Edy Herianto Majlan, Wan Ramli Wan Daud, Khuzaimah Arifin, Teuku Husaini, Alva, Sagir, Nabilah Afiqah Mohd Radzuan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20531/1/8.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20531/
https://www.ukm.my/jkukm/si-1-1-2018/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Keluli tahan karat jenis 316L (SS316L) adalah satu logam yang berpotensi untuk digunakan sebagai plat dwikutub bagi sel fuel membran pertukaran proton (PEMFC). SS316L memiliki sifat kekonduksian elektrik dan kepasifan yang baik, namun jika digunakan pada sekitaran asid (pH 3-6), sifat pelarutan SS316L akan menyebabkan mudah terhakis. Dalam kajian ini, salutan perencat kakisan hijau gam arab dengan kaedah pemendapan elektroforesis (EPD) digunakan untuk mengurangkan kakisan plat SS316L. Hasil analisis scaning electron microscope (SEM) menunjukkan permukaan SS316L lebih halus dan tebal, dengan ketebalan salutan antara 4.9 - 8.9 μm. Pengujian menggunakan kaedah polarisasi linear Tafel dalam media 0.5 M H2 SO4 , mendapati nilai arus kakisan (Icorr) semakin menurun dengan adanya salutan iaitu dari 18.484 μA/cm2 menjadi 0.859 μA/cm2 . Kadar kakisan SS316L tanpa salutan adalah 0.7172 mpy, manakala SS316L yang disalut dengan gam arab mempunyai kadar kakisan yang lebih rendah iaitu 0.033 mpy. Dari kajian ini, keputusan menunjukkan bahawa gam arab dengan salutan EPD dapat memberikan perlindungan kakisan terhadap permukaan SS316L.