Semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur
Semangat perpaduan merupakan elemen penting dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran dalam kalangan generasi muda pelbagai bangsa di Malaysia. Oleh itu artikel ini disediakan bertujuan untuk (1) mengukur tahap semangat perpaduan dan (2) mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi semang...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20672/1/26777-80824-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20672/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1116 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Semangat perpaduan merupakan elemen penting dalam mengekalkan keharmonian dan
kemakmuran dalam kalangan generasi muda pelbagai bangsa di Malaysia. Oleh itu artikel ini
disediakan bertujuan untuk (1) mengukur tahap semangat perpaduan dan (2) mengenal pasti
faktor-faktor yang mempengaruhi semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal
di kawasan perumahan rakyat di Malaysia. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk
tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 244 orang remaja B40 yang tinggal di tiga
buah kawasan perumahan iaitu di perumahan Rakyat Desa Rejang, Pantai Ria dan Seri Pantai
telah dipilih sebagai responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan ujian
deskriptif dan regresi pelbagai secara stepwise. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa majoriti
(59.8%) remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat menunjukkan semangat
perpaduan yang sederhana sahaja dan perlu dipertingkatkan. Analisis regrasi pelbagai pula
mendapati bahawa faktor kesihatan diri (β=.539, p<.05) adalah petunjuk utama yang
mempengaruhi semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40. Manakala kombinasi kesihatan
diri (β=.405, p<.05) dan tingkah laku prososial (β=.289, p<.05) menyumbang sebanyak 6.6%
perubahan tambahan terhadap semangat perpaduan. Faktor hubungan kejiranan dan semangat
cintakan Malaysia pula menyumbang sebanyak 3.1% dan 1.4% varians terhadap semangat
perpaduan dalam kalangan remaja B40. Kombinasi keempat-empat faktor peramal tersebut telah
menyumbang sebanyak 40.1% varians terhadap semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40
yang tinggal di kawasan perumahan rakyat. Hasil kajian memberi implikasi positif kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk menyediakan pelan strategik yang komprehensif
dalam menambahbaik program-program yang boleh membina dan menyemarakkan semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat khasnya remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan
rakyat di Malaysia. |
---|