Trend penuaan penduduk : satu sorotan karya

Statistik menunjukkan peningkatan jumlah warga tua berlaku seluruh dunia termasuk di negara maju dan membangun. Peningkatan jumlah warga tua adalah hasil daripada perkembangan yang positif dalam bidang sosioekonomi seperti peningkatan taraf pendidikan, pekerjaan, tahap penjagaan kesihatan, pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nik Norliati Fitri Md Nor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20673/1/26778-80826-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20673/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1116
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Statistik menunjukkan peningkatan jumlah warga tua berlaku seluruh dunia termasuk di negara maju dan membangun. Peningkatan jumlah warga tua adalah hasil daripada perkembangan yang positif dalam bidang sosioekonomi seperti peningkatan taraf pendidikan, pekerjaan, tahap penjagaan kesihatan, penurunan kadar kelahiran, penurunan kadar kematian dan peningkatan jangka hayat individu. Artikel ini akan membincangkan tentang trend penuaan penduduk di dunia, di negara Asia, negara Asia Tenggara dan di Malaysia yang semakin meningkat saban tahun. Perbincangan artikel ini melibatkan data-data statistik sedia ada yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) dan data yang diperoleh daripada PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu). Kajian mengenai warga tua juga diperoleh daripada jurnal, buku dan majalah yang berkaitan. Diharapkan kajian ini dapat menyumbangkan ilmu yang berkaitan supaya para pengkaji lain dapat membuat sebarang perancangan dan pelan tindakan yang berkaitan dengan warga tua terutama yang berkait dengan kesejahteraan hidup mereka.