Peristiwa El Nino dan pengaruh IOD terhadap hujan di Malaysia
Kewujudan Lautan Pasifik di timur Malaysia dan Lautan Hindi di baratnya mempengaruhi jumlah hujan di Malaysia. Antara kesan lautan ini adalah fenomena El Nino (La Nina) yang lazimnya menyebabkan keadaan kering (basah) di Malaysia. Hubungan hujan dan pengaruh lautan ini dikaji melalui indeks la...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20677/1/26782-80834-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20677/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1116 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kewujudan Lautan Pasifik di timur Malaysia dan Lautan Hindi di baratnya mempengaruhi
jumlah hujan di Malaysia. Antara kesan lautan ini adalah fenomena El Nino (La Nina) yang
lazimnya menyebabkan keadaan kering (basah) di Malaysia. Hubungan hujan dan pengaruh
lautan ini dikaji melalui indeks lautan serta jumlah hujan yang diterima di Malaysia dari tahun
1970 hingga 2008 di 12 stesen kajiiklim utama menggunakan statistik seperti analisis korelasi
dan multivariat. Indeks untuk isyarat peristiwa El Nino di Lautan Pasifik adalah Equatorial
Southern Oscillation Index (EQSOI), Oceanic Nino Index (ONI) dan Southern Oscillation Index
(SOI) manakala isyarat untuk kejadian Indian Ocean Dipole (IOD) di Lautan Hindi
menggunakan Dipole Modes Index (DMI). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji apakah
pengaruh IOD sewaktu El Nino dan La Nina terhadap hujan di Malaysia. Hasil kajian mendapati
hubungan antara min SOI/ONI/EQSOI/DMI dan jumlah taburan hujan adalah
positif/negatif/negatif/negatif tapi lemah. IOD mempunyai pengaruh yang kadangkala positif dan
negatif terhadap taburan hujan. Pola hujan tahunan di Semenanjung kurang dipengaruhi oleh El
Nino berbanding di Malaysia Timur kerana kehadiran Lautan Hindi. Walaubagaimanapun ujian
ANOVA tidak menunjukkan hubungan yang signifikan antara anomali hujan dan indeks lautan.
Kejadian El Nino dan fasa IOD positif yang berlaku sebanyak 12% menyebabkan keadaan
kering yang hujannya kurang daripada normal sementara 12% daripada kejadian La Nina
sewaktu fasa IOD negatif menyebabkan berlakunya lebih banyak hujan daripada normal. Kajian
ini menunjukkan betapa pentingnya pemantauan terhadap indeks lautan di Lautan Pasifik dan
Lautan Hindi dalam menentukan perancangan sumber air di negara ini terutama dalam keadaan
perubahan iklim yang mendatang. |
---|