Kesan pengantara sokongan organisasi terhadap hubungan antara persepsi keadilan penilaian prestasi dan niat berhenti kerja dalam kalangan anggota polis

Penilaian prestasi merupakan satu alat pengukuran prestasi yang penting dalam setiap organisasi dan sering kali menimbulkan konflik terutamanya dari segi keadilan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengantara sokongan organisasi terhadap hubungan antara persepsi keadilan penilaian pr...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Brenda Ranee Francis, Rusli Ahmad, Siti Mariam Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20708/1/47081-194782-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20708/
https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1547
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penilaian prestasi merupakan satu alat pengukuran prestasi yang penting dalam setiap organisasi dan sering kali menimbulkan konflik terutamanya dari segi keadilan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengantara sokongan organisasi terhadap hubungan antara persepsi keadilan penilaian prestasi dan niat berhenti kerja dalam kalangan anggota polis. Kajian ini penting kerana isu niat berhenti kerja, keadilan penilaian prestasi dan sokongan organisasi merupakan jurang kajian yang serius dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kaedah kuantitatif digunakan untuk menganalisa data 513 responden yang diperolehi daripada soal selidik telah dianalisis menggunakan PLS-SEM. Hasil kajian mendapati sokongan organisasi mempunyai kesan pengantara yang signifikan antara keadilan prosedur (formal), keadilan prosedur (interaksi), keadilan distributif dan keadilan maklumat dalam penilaian prestasi dengan niat berhenti kerja. Oleh yang demikian, penambahbaikan sokongan organisasi perlu diutamakan. Ini adalah penting untuk mengekalkan kesejahteraan dalam kalangan anggota polis serta menggalakkan persekitaran kerja yang positif dan iklim organisasi yang menyokong.