Seni berteraskan komuniti : pemberdayaan modal sosial melalui nilai-nilai perpaduan sosial dalam program Lendu International Art Camp
Seni berteraskan komuniti diasosiasikan sebagai amalan seni berlandaskan gagasan “seni untuk masyarakat”. Bentuk praktis seni rupa ini di upayakan sebagai peranti dalam pengembangan modal sosial masyarakat melalui proses kesenian yang mengarah kepada proses memperdalam perhubungan serta jaring...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20714/1/26948-81463-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20714/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Seni berteraskan komuniti diasosiasikan sebagai amalan seni berlandaskan gagasan “seni
untuk masyarakat”. Bentuk praktis seni rupa ini di upayakan sebagai peranti dalam
pengembangan modal sosial masyarakat melalui proses kesenian yang mengarah kepada
proses memperdalam perhubungan serta jaringan keterikatan sosial warga terlibat. Kajian ini
berfokus kepada menggali potensi yang dimiliki projek seni Lendu International Art
Camp(LIAC)#3 dalam membangunkan serta membina perhubungan dan nilai perpaduan
sosial masyarakat dalam kalangan peserta terlibat melalui kegiatan kesenian yang dijalankan.
Kajian melibatkan sampel purposive dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian
menunjukkan skor min tertinggi adalah “Menjalin Ukhuwah Baharu” dicapai bagi tiga
kategori peserta yang terlibat; pelajar (4.56), agensi luar (4.54) dan pengunjung luar (4.45).
Manakala dalam kalangan orang kampung, skor min tertinggi adalah “Merapatkan Ukhuwah
Antara Warga” iaitu (4.46). Implikasi kajian ini mengemukakan bahawa, kegiatan
berorientasi kepada elemen kerjasama, toleransi, kemuafakatan serta kebertanggungjawaban
dalam kegiatan yang berteraskan nilai budaya setempat berupaya menarik proses partisipasi
khalayak seterusnya membina kepada pertumbuhan nilai perpaduan sosial. Kehilangan nilai
estetik-artistik sebagai proses pendekatan dalam membangunkan kegiatan bagi menarik
penglibatan peserta turut menjejaskan impak bagi membangunkan jaringan perhubungan
serta keterikatan sosial dalam kalangan masyarakat terlibat. |
---|