Kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu analisis kajian dari sudut perubahan morfologi

Kajian ini menganalisis proses perubahan morfologi yang berlaku apabila kata pinjaman Arab terserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kata pinjaman adalah kata-kata yang dipinjam dari bahasa asing yang diserapkan ke dalam bahasa sasaran. Dengan menggunakan penjanaan data berkomputer DBP-UKM berjum...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibtisam Abdullah, Imran Ho Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20715/1/26949-81466-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20715/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini menganalisis proses perubahan morfologi yang berlaku apabila kata pinjaman Arab terserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kata pinjaman adalah kata-kata yang dipinjam dari bahasa asing yang diserapkan ke dalam bahasa sasaran. Dengan menggunakan penjanaan data berkomputer DBP-UKM berjumlah 5 juta patah perkataan melalui konkordans dalam perisian WordSmith Tools 5.0, yang dianalisis berdasarkan Rumus Binaan Struktur Frasa. Hasil kajian mendapati bahawa perubahan morfologi yang berlaku adalah perubahan kelas kata bahasa sumber iaitu yang meresap masuk ke dalam bahasa sasaran. Perubahan kelas kata yang berlaku adalah kelas kata bahasa sumber yang pada asalnya Kata Nama (KN) berubah menjadi Kata Kerja (KK), atau Kata Nama (KN) berubah menjadi Kata Adjektif (KAdj), atau Kata Nama (KN) berubah menjadi Kata Adverba (KAdv) dalam bahasa sasaran mengikut binaan struktur ayat. Contohnya kata pinjaman Arab wujud, kuat, asyik, yang mana pada asalnya adalah KN berubah menjadi KK atau KAdj atau KAdv. Bahasa Melayu didapati banyak meminjam kata Arab yang terdiri daripada kelas kata Kata Nama kerana ianya menepati sistem tatabahasa bahasa Melayu itu sendiri. Justeru itu, peminjaman bahasa merupakan satu proses bahasa yang penting dalam perkembangan sesuatu bahasa.