Keperluan intervensi kaunseling berasaskan pendekatan terapi bermain Adlerian terhadap kesejahteraan kendiri holistik kanak-kanak mangsa pengabaian : satu kajian kes
Pendekatan terapi bermain dalam intervensi kaunseling membantu kaunselor untuk berkomunikasi dengan klien yang sukar berkomunikasi secara lisan dalam sesi terutama klien kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pandangan kaunselor terhadap keperluan intervensi kaunseling berasaskan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20719/1/26953-81475-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20719/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pendekatan terapi bermain dalam intervensi kaunseling membantu kaunselor untuk
berkomunikasi dengan klien yang sukar berkomunikasi secara lisan dalam sesi terutama klien
kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pandangan kaunselor terhadap keperluan
intervensi kaunseling berasaskan pendekatan terapi bermain dalam membantu kesejahteraan
kendiri holistik kanak-kanak mangsa pengabaian. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif kajian
kes. Peserta Kajian terdiri daripada sepuluh orang kaunselor yang dipilih melalui pensampelan
bertujuan. Kriteria pemilihan peserta kajian adalah (i) kaunselor yang telah berkhidmat lebih
daripada lima tahun, (ii) pengamal kreatif kaunseling terapi bermain dan (iii) mempunyai setting
untuk melaksanakan terapi bermain. Analisis tematik telah digunakan untuk mendapatkan data
perbincangan. Teknik pengumpulan data menggunakan kaedah temu bual mendalam secara
separa berstruktur. Data yang diperoleh kemudian dianalisis kepada tema-tema menggunakan
perisian Atlas.ti. Dapatan kajian mendapati terdapat keperluan intervensi kaunseling berasaskan
pendekatan terapi bermain Adlerian. Pendekatan terapi bermain Adlerian membantu
meningkatkan kesejahteraan holistik kanak-kanak mangsa pengabaian. Penggunaan alat-alat
mainan sebagai medium komunikasi yang amat penting dalam sesi kaunseling bersama kanak-kanak. Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang penting bagi menentukan kejayaan
intervensi adalah minat bertugas di setting kanak-kanak, memahami ciri-ciri psikologi kanak-kanak mangsa pengabaian dan kemahiran-kemahiran dalam melaksanakan terapi bermain.
Dapatan kajian turut mencadangkan kit terapi bermain bagi kaunselor yang tidak mempunyai
setting bilik terapi bermain yang mana kaunselor boleh membawa alat-alat mainan ke tempat
intervensi. Dapatan ini dapat memberi cadangan kepada agensi yang menjalankan kaunseling
terhadap kanak-kanak menggunakan pendekatan terapi bermain Adlerian dalam meningkatkan
kesejahteraan kendiri holistik kanak-kanak mangsa pengabaian. |
---|