Penjagaan tidak formal warga tua : antara tanggungjawab dan beban

Peningkatan jangka hayat penduduk di Malaysia menyebabkan berlakunya peningkatan pada jumlah populasi warga tua. Akibat daripada peningkatan warga tua ini menyebabkan permintaan terhadap penjagaan tidak formal turut meningkat. Isu berkaitan penjagaan tidak formal kurang diketengahkan kerana ia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suridah Ali, Rahimah Abdul Aziz
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20725/1/26959-81493-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20725/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Peningkatan jangka hayat penduduk di Malaysia menyebabkan berlakunya peningkatan pada jumlah populasi warga tua. Akibat daripada peningkatan warga tua ini menyebabkan permintaan terhadap penjagaan tidak formal turut meningkat. Isu berkaitan penjagaan tidak formal kurang diketengahkan kerana ia berlaku dalam lingkungan domestik iaitu dijaga oleh ahli keluarga terdekat dan dianggap bersifat peribadi. Selain menjalankan tanggungjawab harian, penjaga perlu memikul tanggungjawab menjaga warga tua. Tambahan pula, menjaga warga tua yang sakit dan uzur bagi tempoh masa yang lama boleh membebankan penjaga. Dalam hal ini, timbul persoalan adakah penjaga menganggap ia sebagai tanggungjawab atau beban?. Kertas kerja ini membincangkan dilema yang dihadapi oleh penjaga tidak formal dalam melaksanakan tanggungjawab penjagaan. Kajian ini telah dijalankan di daerah Besut, Terengganu dalam kalangan 12 orang informan yang dipilih melalui pensampelan snowball. Secara umumnya, kajian ini mendapati, menjaga warga tua bagi tempoh masa yang lama menyebabkan penjaga berada dalam keadaan dilema antara tanggungjawab dan dalam masa yang sama rasa terbeban akan tanggungjawab tersebut. Kesimpulannya, dilema antara tanggungjawab dan beban yang terpaksa dipikul oleh penjaga boleh memberi implikasi negatif kepada penjaga mahupun warga tua sebagai penerima jagaan