Modal intelektual dan prestasi perniagaan mikro dan kecil (PMK) : sebuah sorotan karya naratif
Modal intelektual adalah aset tidak nyata yang dapat memberi kesan kepada prestasi perusahaan mikro dan kecil (PMK). Makalah ini bertujuan membincangkan sorotan karya bentuk naratif bagi memahami konsep modal intelektual dan kaitannya dengan prestasi perniagaan. Menerusi sorotan literatur narati...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20794/1/51426-196345-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/20794/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Modal intelektual adalah aset tidak nyata yang dapat memberi kesan kepada prestasi perusahaan mikro dan kecil
(PMK). Makalah ini bertujuan membincangkan sorotan karya bentuk naratif bagi memahami konsep modal intelektual
dan kaitannya dengan prestasi perniagaan. Menerusi sorotan literatur naratif maka satu analisis komprehensif, kritikal
dan objektif mengenai pengetahuan semasa yang ada mengenai modal intelektual dan prestasi perniagaan dapat dikenal
pasti dan membantu pembinaan kerangka konseptual teoritis yang inklusif dan selari dengan arus kajian semasa.
Penemuan menunjukkan modal intelektual, yang terdiri daripada 3 dimensi iaitu modal insan, modal hubungan dan
modal struktural, adalah pembolehubah penting dalam kajian mengenai pengurusan prestasi perniagaan. Asas kepada
penciptaan kelebihan bersaing dan nilai tambahnya adalah berteraskan teori Pandangan Berasaskan Sumber (RBV).
Di samping itu pengintegrasian perspektif Model Modal Intelektual Bersepadu (IICM) telah mengembangkan dimensi
yang lebih menyeluruh dalam membentuk konstruk modal intelektual (IC) daripada 3 kepada 6 dimensi. Akhirnya, satu
halatuju kajian akan datang berkaitan IC dan prestasi perniagaan telah dapat dikemukakan di mana IC dimodelkan
sebagai salah satu pembolehubah daripada kategori aset strategik yang mempengaruhi prestasi PMK. Modal intelektual
merupakan alat yang boleh dioptimumkan bagi mencipta nilai yang menyumbang kepada prestasi firma, manakala
kepimpinan keusahawanan adalah tunggak penggerak yang menentukan sejauhmana alat yang dimiliki firma dapat
digembeling secara optimum bagi menghasilkan prestasi perniagaan yang baik. Justeru itu, modal intelektual dan
kepimpinan keusahawanan adalah faktor yang menjadi perhatian pengkaji masakini dalam membincangkan isu
prestasi dan pengurusan strategik entiti PMK. |
---|