Kualiti peribadi kaunselor kaunseling keluarga : implikasi pendidikan di institut pengajian tinggi
Kualiti peribadi kaunselor kanseling keluarga adalah elemen yang penting dalam penawaran perkhidmatan kaunseling keluarga secara profesional kepada masyakat. Maka pendidikan yang ditawarkan di peringkat IPT turut memberikan kesan kepada pembentukan kualiti peribadi kaunselor kaunseling keluarga....
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20805/1/58862-196273-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/20805/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kualiti peribadi kaunselor kanseling keluarga adalah elemen yang penting dalam penawaran perkhidmatan kaunseling
keluarga secara profesional kepada masyakat. Maka pendidikan yang ditawarkan di peringkat IPT turut memberikan
kesan kepada pembentukan kualiti peribadi kaunselor kaunseling keluarga. Artikel ini bertujuan meneroka kualiti
peribadi kaunselor yang diperlukan di dalam menjalankan proses kaunseling keluarga. Kajian pendekatan kualitatif
dengan reka bentuk kajian kes. Meneroka pandangan dan pengalaman 12 orang kaunselor yang menjalankan
kaunseling keluarga di tiga agensi kerajaan yang sedia ada menawarkan perkhidmatan kaunseling keluarga kepada
masyarkat di Malaysia. Kaedah temu bual mendalam dengan menggunakan soalan separa struktur sebanyak 2 hingga
3 pusingan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat 10 personaliti yang membentuk kualiti peribadi kaunselor iaitu
i. Kesediaan belajar, ii. Motivasi tinggi, iii. Genuine, iv. Keyakinan dan keterampilan diri, v. Proaktif, vi. Humanistik vii.
Sedia membantu, viii. Jalinan Hubungan Kerja, ix. Jalinan hubungan sosial dan x. Minat. Maka kesepuluh trait kualiti
peribadi ini telah menunjukkan kaunselorkaunseling keluarga telah dapat menjalankan tugas secara profesional dan
berwibawa kepada keluarga (klien) di dalam proses kaunseling keluarga. Justeru itu pendidikan di IPT di peringkat
ijazah pertama dan peringkat sarjana sewajarnya mengambilkira pembinaan dan pembentukan elemen kualiti peribadi.
Latihan berterusan peningkatan kualiti peribadi sewajarnya turut dijalankan kepada kaunselor yang sedia ada di
agensi kerajaan agarperkhidmatan kaunseling keluarga dapat dilestarikan. |
---|