Persepsi pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia
Terdapat beberapa bukti menunjukkan bahawa perkhidmatan kaunseling di universiti tidak digunakan oleh pelajar secara optimum kerana faktor-faktor seperti stigma, masalah akses dan juga merasakan kaunseling sebagai tidak perlu. Ini menyebabkan pelajar hilang manfaat yang boleh diperolehi daripa...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20824/1/28038-85375-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20824/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1122 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Terdapat beberapa bukti menunjukkan bahawa perkhidmatan kaunseling di universiti tidak digunakan
oleh pelajar secara optimum kerana faktor-faktor seperti stigma, masalah akses dan juga merasakan
kaunseling sebagai tidak perlu. Ini menyebabkan pelajar hilang manfaat yang boleh diperolehi
daripada perkhidmatan kaunseling di universiti. Justeru, kajian ini dilakukan untuk meneroka faktor-faktor yang menjadi halangan dan dorongan pelajar daripada mendapatkan perkhidmatan kaunseling
di universiti. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dan soalan temubual separa
berstruktur sebagai kaedah bagi meneroka pandangan pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di
universiti. Skop soalan berkisar tentang kepentingan perkhidmatan kaunseling bagi pelajar, faktor
mendorong dan penghalang dalam mendapatkan perkhidmatan kaunseling professional, dan sumber
rujukan utama pelajar sekiranya menghadapi masalah. Sejumlah 10 orang pelajar ijazah sarjana muda
terlibat sebagai informan kajian ini. Secara spesifik, seramai 5 pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan,
dari pelbagai fakulti dan tahap pengajian terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi kemudian
dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa informan
mengetahui tentang kebaikan perkhidmatan kaunseling. Antara kebaikan yang dilaporkan ialah
kaunseling membolehkan pelajar mendapat bantuan kaunselor yang berkelayakan dan sebagai
medium yang sesuai untuk meluahkan perasaan. Walaubagaimanapun, faktor-faktor penghalang iaitu
stigma dan skeptisme mendominasi pandangan informan, sekaligus menyebabkan informan enggan
mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Selain itu, didapati bahawa informan juga lebih bergantung
dan mempercayai sokongan sosial iaitu keluarga dan rakan-rakan sebagai sumber rujukan utama
apabila menghadapi masalah berbanding memilih kaunselor. Dapatan data ini menunjukkan bahawa
kaunselor perlu memainkan peranan yang lebih proaktif untuk mendidik pelajar tentang kebaikan
perkhidmatan kaunseling dalam membantu mengatasi masalah personal dan untuk kesejahteraan
mental jangka masa yang panjang. |
---|