Self regulation sebagai mekanisme mengawal salah laku membabitkan penyokong bola sepak di Malaysia

Isu berkaitan salah laku dalam kalangan penyokong bolasepak di Malaysia bukanlah satu isu yang baru. Hampir setiap musim, terdapat insiden salah laku membabitkan penyokong bola sepak dari pelbagai pasukan. Antara salahlaku yang sering dilakukan adalah bersifat verbal dan fizikal. Pihak FAM tel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Hafizah Yusoff, P. Sundramoorthy
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20835/1/29286-89860-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20835/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Isu berkaitan salah laku dalam kalangan penyokong bolasepak di Malaysia bukanlah satu isu yang baru. Hampir setiap musim, terdapat insiden salah laku membabitkan penyokong bola sepak dari pelbagai pasukan. Antara salahlaku yang sering dilakukan adalah bersifat verbal dan fizikal. Pihak FAM telah menjatuhkan denda dan hukuman bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit bahkan turut menghukum pasukan bermain dalam keadaan stadium kosong dan bermain di stadium berkecuali. Namun demikian, para penyokong masih berterusan melakukan pelbagai kesalahan yang tidak sepatutnya. Objektif artikel ini adalah ingin membincangkan mengenai peranan ‘self regulation’ sebagai satu mekanism untuk mengawal salah laku dalam kalangan penyokong bola sepak. Kajian ini bersifat kuantitatif dan seramai 600 orang responden terdiri daripada penyokong bolasepak daripada pasukan negeri Kelantan, Johor, Perak dan Selangor terlibat dalam sesi soal selidik yang telah dijalankan bagi mendapatkan data dan maklumat. Dapatan kajian yang utama adalah majoriti responden bersetuju bahawa setiap penyokong perlu mempunyai kawalan sosial secara internal dengan memfokuskan kepada pemilikan semangat kesukanan yang tinggi yang seterusnya mampu membuatkan penyokong mengawal emosi, bersikap profesional, perlu lebih berdisplin semasa berada di dalam stadium. Penglibatan dan usaha sama antara pihak pengurusan dan para penyokong perlu turut dipergiatkan agar para penyokong dapat merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada pasukan bola sepak yang mereka sokongi.