Fenomena sosiobudaya Orang Asli Kanaq dalam penguasaan bahasa Melayu : satu tinjauan awal

Kajian ini merupakan tinjauan awal untuk melihat pengaruh sosiobudaya masyarakat Orang Asli Kanaq terhadap penerimaan mereka kepada unsur luar selain daripada budaya mereka. Unsur luar yang difokuskan dalam kajian ini adalah penguasaan bahasa kedua, iaitu Bahasa Melayu. Kajian ini merupakan ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shahidi A.H., Nor Azwahanum Nor Shaid, Mohd Sharifudin Yusop, Marlyna Maros, Rahim Aman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20837/1/29288-89864-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20837/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini merupakan tinjauan awal untuk melihat pengaruh sosiobudaya masyarakat Orang Asli Kanaq terhadap penerimaan mereka kepada unsur luar selain daripada budaya mereka. Unsur luar yang difokuskan dalam kajian ini adalah penguasaan bahasa kedua, iaitu Bahasa Melayu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang terdiri daripada kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Melalui kaedah lapangan, pengkaji menggunakan teknik temu bual dan pemerhatian tidak turut serta. Seramai lima orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada tiga orang remaja Orang Asli suku kaum Kanaq dan dua orang pakar. Lokasi kajian ini ialah Kampung Sungai Selangi, Kota Tinggi, Johor. Hasil dapatan kajian mendapati remaja Orang Asli Kanaq sememangnya mempunyai sosiobudaya yang kuat yang membuatkan mereka kurang mengendahkan unsur luar yang boleh membantu mengubah kehidupan mereka. Hal ini menjelaskan keperluan sosiobudaya Orang Asli sangat penting diangkat sama dalam usaha untuk membantu mereka menguasai Bahasa Melayu. Melalui perbincangan isu ini, makalah ini mencadangkan perspektif sosiobudaya masyarakat Orang Asli dititikberatkan dalam mencari formula terbaik untuk membantu komuniti ini menguasai Bahasa Melayu.