Pelaksanaan strategi pelajar sebelum mempraktikkan kemahiran menulis tugasan akademik

Masalah berkenaan penguasaan pelajar dalam penulisan akademik semakin membimbangkan ketika tahap kualiti pendidikan semasa terus dipertingkatkan. Penurunan kualiti hasil penulisan, kelemahan diri dan sikap negatif pelajar serta kekurangan guru berkemahiran turut menyumbang kepada masalah ini....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Amin Mohd Noh, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Mohd Faeez Ilias, Muhammad Syakir Sulaiman, Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20840/1/29284-89856-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20840/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Masalah berkenaan penguasaan pelajar dalam penulisan akademik semakin membimbangkan ketika tahap kualiti pendidikan semasa terus dipertingkatkan. Penurunan kualiti hasil penulisan, kelemahan diri dan sikap negatif pelajar serta kekurangan guru berkemahiran turut menyumbang kepada masalah ini. Kajian dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti strategi pelajar sebelum mempraktikkan kemahiran menulis tugasan akademik dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Sampel kajian ini adalah seramai 266 orang responden yang melibatkan pelajar dari pelbagai latar belakang akademik. Dapatan kajian ini diperoleh menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Hasil kajian menunjukkan 174 pelajar mempunyai minat terhadap kemahiran menulis dan majoriti dari 266 pelajar mengamalkan strategi tertentu untuk memastikan kualiti penulisan akademik yang dihasilkan mencapai tahap yang dikehendaki oleh pelajar dan keperluan tugasan. Ini membuktikan bahawa kualiti sesuatu tugasan akademik memerlukan pelajar mempraktikkan kemahiran merancang, mengurus, dan melaksana yang konsisten untuk memastikan hasil penulisan memperoleh gred yang baik sepanjang masa. Oleh itu, pelajar institusi pendidikan tinggi perlu mempunyai strategi pembelajaran yang tersusun agar segala aktiviti dan tugasan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik mengikut keperluan dan kehendak program. Pelaksanaan strategi pembelajaran seperti ini penting dalam memastikan pelajar dapat mencapai keputusan gred yang cemerlang bagi setiap kursus yang diambil.