Amalan pembelajaran pendidikan akhlak menurut al-Ghazali : kajian terhadap pelajar di sekolah agama di negeri Perak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pembelajaran Pendidikan Akhlak pelajar di Sekolah Agama di negeri Perak berasaskan teori pembelajaran Akhlak oleh al-Ghazali. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif yang diperolehi melalui tinjauan dengan menggunakan set borang soal seli...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azmil Hashim, Mas’ani Ahmad, Zahratun Sakinah Jamaluddin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20905/1/JIAE-Vol-91-2017-1-11.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20905/
http://jiae.pimm.my/2017/06/17/volume-9-issue-1-2017/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pembelajaran Pendidikan Akhlak pelajar di Sekolah Agama di negeri Perak berasaskan teori pembelajaran Akhlak oleh al-Ghazali. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif yang diperolehi melalui tinjauan dengan menggunakan set borang soal selidik sebagai instrumen. 310 orang pelajar tingkatan empat yang telah mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam telah dipilih untuk memberi respon terhadap soal selidik dalam kajian ini. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian secara keseluruhannya mendapati bahawa kaedah pembelajaran pendidikan Akhlak pelajar di SMKA Perak berada pada tahap yang tinggi. Tinjauan terhadap kaedah pengajaran akhlak menunjukkan kaedah yang sering digunakan dalam pembelajaran akhlak oleh pelajar ialah pemerhatian, riyadhah, mujahadah, muhasabah. Manakala kaedah pergaulan masih kurang diamalkan oleh majoriti pelajar. Guru-guru pendidikan Islam seharusnya menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran akhlak yang berkesan bagi meningkatkan tahap penghayatan akhlak pelajar.