Hubungan iklim sekolah dengan pelaksanaan pengajaran berpandukan pedagogi produktif guru Pendidikan Islam sekolah menengah kebangsaan di Malaysia

Iklim sekolah yang kondusif merupakan salah satu faktor luaran yang berupaya memberi kesan terhadap kualiti pengajaran guru. Namun, realiti dunia pendidikan kini sedang menghadapi cabaran dalam aspek penyediaan iklim sekolah yang kondusif. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti tahap iklim sekolah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Aida Muhammad, Khadijah Abdul Razak, Ab. Halim Tamuri
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20942/1/HUBUNGAN%20IKLIM%20SEKOLAH%20DENGAN%20PELAKSANAAN%20PENGAJARAN%20BERPANDUKAN%20PEDAGOGI%20PRODUKTIF%20GURU%20PENDIDIKAN%20ISLAM%20SEKOLAH%20MENENGAH%20KE.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20942/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Iklim sekolah yang kondusif merupakan salah satu faktor luaran yang berupaya memberi kesan terhadap kualiti pengajaran guru. Namun, realiti dunia pendidikan kini sedang menghadapi cabaran dalam aspek penyediaan iklim sekolah yang kondusif. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti tahap iklim sekolah, tahap pelaksanaan pengajaran guru berpandukan pedagogi produktif serta hubungan antara iklim sekolah dengan pelaksanaan pengajaran guru berpandukan pedagogi produktif. Kajian berbentuk kajian tinjauan ini melibatkan seramai 454 orang GPI telah terpilih sebagai sampel kajian menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata berkadar. Data kajian dikumpul melalui set borang soal selidik dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Secara keseluruhannya, tahap iklim sekolah dilaporkan berada pada tahap tinggi (min = 4.05) dengan dimensi rakan sejawat memperoleh skor min yang paling tinggi (min=4.41). Tahap pelaksanaan pengajaran GPI berpandukan pedagogi produktif juga berada pada tahap tinggi (min = 4.25) dengan dimensi pengiktirafan perbezaan memperoleh skor min yang paling tinggi (min=4.38). Keputusan ujian korelasi Pearson mendapati wujudnya hubungan yang signifikan positif antara iklim sekolah dengan pelaksanaan pengajaran GPI berpandukan pedagogi produktif dengan kekuatan sederhana (r=0.480, p < 0.05). Kajian ini memberi implikasi bahawa GPI wajar mempertingkatkan kualiti pengajaran dari masa ke semasa seperti menggunakan pendekatan pedagogi produktif. Kajian ini juga memberi implikasi kepada pentadbir sekolah agar memastikan iklim sekolah kekal kondusif demi keselesaan guru menjalankan tugas pengajaran seperti menyelenggara sumber sekolah secara konsisten. Hal ini adalah bertepatan dengan dasar pendidikan negara Malaysia untuk meningkatkan kecekapan penyediaan infrastruktur asas di semua sekolah.