Teknik pelajar bukan muslim belajar bertutur Bahasa Arab secara dalam talian

Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia yang dahulunya hanya melibatkan pelajar beragama Islam, kini mempunyai tahap penglibatan yang ketara dalam kalangan masyarakat tempatan yang bukan Muslim. Mempelajari bahasa Arab bagi pelajar bukan Muslim bukanlah sesuatu yang mudah sekalipun pada tahap permulaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid, Wan Muhammad Wan Sulong, Nik Farhan Mustapha, Mohd Azidan Abdul Jabar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20957/1/56601-198301-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20957/
https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1554
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia yang dahulunya hanya melibatkan pelajar beragama Islam, kini mempunyai tahap penglibatan yang ketara dalam kalangan masyarakat tempatan yang bukan Muslim. Mempelajari bahasa Arab bagi pelajar bukan Muslim bukanlah sesuatu yang mudah sekalipun pada tahap permulaan. Keadaan menjadi lebih mencabar sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dengan peralihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka kepada mod dalam talian. Kajian ini bertujuan mengenal pasti teknik pembelajaran yang digunakan pelajar bukan Muslim untuk mempelajari kemahiran bertutur bahasa Arab secara dalam talian. Kajian kualitatif ini melibatkan temu bual ke atas enam orang pelajar bukan Muslim pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mengikuti kursus bahasa Arab tahap 2. Hasil kajian mendapati pelajar bukan Muslim dapat mengikut rentak dan proses pembelajaran kemahiran bertutur secara dalam talian walaupun pada awalnya mereka terpaksa berhadapan dengan kesukaran kerana tidak mempunyai asas bahasa Arab. Kejayaan tersebut ditunjangi oleh penguasaan kemahiran membaca teks Arab dan kemahiran menulis huruf Arab. Berbekalkan dua kemahiran tersebut pelajar telah menunjukkan 22 teknik pembelajaran yang boleh dibahagikan kepada tiga kategori berdasarkan tujuan penggunaannya, iaitu teknik terjemahan teks bahasa Melayu - Arab, teknik membaca teks Arab tidak berbaris dan teknik memperbaik pertuturan bahasa Arab. Kajian ini mencadangkan agar usaha lebih giat dilakukan pada kajian akan datang berhubung penerokaan potensi Komunikasi Lisan Berasaskan Multimedia Tidak Segerak (AMOC) dalam membantu pelajar tahap pemula belajar bertutur bahasa Arab.