Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pengurusan risiko makmal dan bengkel
Risiko adalah kemungkinan atau bahaya kerugian dalam melakukan sesuatu tanpa mengambilkira kemungkinan bahaya itu. Risiko juga adalah gabungan kemungkinan dan kejadian bahaya yang mungkin akan berlaku. Pengurusan risiko merupakan satu prinsip yang bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan men...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20972/1/QT%2010.pdf http://journalarticle.ukm.my/20972/ https://www.ukm.my/jqma/current/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Risiko adalah kemungkinan atau bahaya kerugian dalam melakukan sesuatu tanpa mengambilkira kemungkinan bahaya itu. Risiko juga adalah gabungan kemungkinan dan kejadian bahaya yang mungkin akan berlaku. Pengurusan risiko merupakan satu prinsip yang bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan mengendalikan faktor risiko untuk meningkatkan peluang bagi mencapai kejayaan atau mengelak dari sebarang kegagalan yang berlaku. Sektor Pendidikan juga tidak terlepas daripada sebarang perkara yang melibatkan risiko dan pengurusan risiko terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di makmal dan bengkel. Model KAP digunakan bagi menilai kaitan antara pengetahuan, sikap dan amalan risiko bagi kajian ini. Matlamat kajian ini adalah untuk mengukur pengetahuan, sikap dan kesedaran pelajar terhadap keberkesanan pelaksanaan pengurusan risiko makmal dan bengkel. Kedua, mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap, kesedaran pelajar dan keberkesanan pelaksanaan pengurusan risiko makmal dan bengkel dalam merentas faktor demografi. Ketiga, menilai pengaruh antara pengetahuan, sikap, dan kesedaran pelajar terhadap keberkesanan pelaksanaan pengurusan risiko makmal dan bengkel dengan menggunakan analisis regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh yang besar antara faktor pengetahuan, sikap dan kesedaran pelajar terhadap keberkesanan pelaksanaan pengurusan risiko makmal dan bengkel. Pendekatan pengurusan risiko yang berkesan dapat membantu institusi pendidikan menghadapi ancaman kampus atau komuniti berdasarkan kepada pelan yang telah dibangunkan. |
---|