Geopolitik di kawasan Parlimen (P019) Tumpat, Kelantan

Geopolitik bermaksud pengaruh kuasa politik dengan sesuatu tempat. Geopolitik juga boleh dikatakan sebagai satu kajian politik mengenai keadaan sesuatu tempat sama ada dari segi aspek umur, etnik, sumber maklumat politik, budaya setempat mahupun pembangunan. Oleh itu, adalah menjadi tujuan kajian in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Junaidi Awang Besar, Siti Marziah Zakaria, Muhamad Nadzri Mohamed Nor, Suffian Mansor, Nik Hairi Omar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20981/1/Geopolitik%20di%20Kawasan%20Parlimen%20%28P019%29%20Tumpat%2C%20Kelantan.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20981/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Geopolitik bermaksud pengaruh kuasa politik dengan sesuatu tempat. Geopolitik juga boleh dikatakan sebagai satu kajian politik mengenai keadaan sesuatu tempat sama ada dari segi aspek umur, etnik, sumber maklumat politik, budaya setempat mahupun pembangunan. Oleh itu, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis tingkah laku politik pengundi dengan menjadikan kawasan Parlimen Tumpat, Kelantan sebagai kawasan kajian kes. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, temu bual bersemuka, rujukan data keputusan pilihan raya 2018 dan sumber sekunder yang berkaitan iaitu buku, artikel jurnal, serta kertas kerja persidangan/simposium/seminar dan juga daripada media elektronik seperti internet dan media sosial. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden memilih pemimpin anak tempatan serta mesrta rakyat sebagai kriteria pemilihan pemimpin. Bagi kriteria parti politik yang disokong pula, mereka memilih parti politik memiliki trek rekod yang baik dan berpengalaman (ekonomi dan sosial) serta mempunyai barisan pemimpin yang bersih, berwibawa dan berpendidikan. Bagi orientasi atau kecenderungan pilihan politik, mereka berfahaman ciri-ciri fahaman politik kepartian yang merentasi ciri-ciri kaum/agama tetapi mengutamakan perjuangan dan nilai keadilan sosial, demokratik, amanah, berintegriti dan progresif. Mereka juga berkecenderungan memilih parti politik yang memperjuangkan isu nilai sejagat seperti ketelusan, tata kelola yang baik, keadilan, kejujuran dan kesaksamaan kaum.