Kepelbagaian dan taburan serangga ranting pada altitud berbeza di Gunung Jerai, Kedah, Malaysia

Phasmatodea merupakan kumpulan serangga yang sangat unik kerana mempunyai kebolehan penyamaran yang sempurna oleh morfologi luarannya yang mampu menyerupai ranting kayu, kulit kayu, kayu mati dan daun. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kepelbagaian dan taburan spesies serangga ranting pada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azman Sulaiman, Rabihah Ismail, Nurul Wahida Othman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21054/1/Js_15.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21054/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Phasmatodea merupakan kumpulan serangga yang sangat unik kerana mempunyai kebolehan penyamaran yang sempurna oleh morfologi luarannya yang mampu menyerupai ranting kayu, kulit kayu, kayu mati dan daun. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kepelbagaian dan taburan spesies serangga ranting pada altitud berbeza di Gunung Jerai, Kedah Malaysia. Pensampelan secara aktif dijalankan menggunakan lampu suluh LED berintensiti tinggi. Semua spesimen dikira dan direkodkan dan hanya spesies serangga ranting yang jarang dijumpai sahaja ditangkap dan dibawa pulang ke makmal bagi proses pengawetan dan disimpan sebagai rekod di Pusat Sistematik Serangga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Secara keseluruhan, sejumlah 400 individu daripada 32 spesies, empat famili dan lima subfamili serangga ranting telah berjaya disampel. Famili Lonchodidae diwakili oleh 27 spesies dalam 15 genus, Phasmatidae dua spesies dalam dua genus, Heteropterygidae dua spesies dalam dua genus dan Aschiphasmatidae satu spesies dalam satu genus. Lopaphus iolas merupakan spesies serangga ranting paling kerap ditemui dalam kajian ini. Hasil dari kajian ini adalah rekod yang pertama mengenai fauna serangga ranting di Gunung Jerai, Kedah dan boleh dijadikan asas dan rujukan kepada penyelidik lain bagi menjalankan kajian lanjutan di kawasan ini.