Tahap kesedaran dan persepsi mahasiswa-Mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia UKM berkenaan kepentingan belt and road initiative (BRI) terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS

Belt and Road Initiative (BRI) bertujuan untuk menghubugkan Asia dengan Afrika dan Eropah melalui rangkaian darat dan maritim dengan tujuan untuk meningkatkan integrasi serantau, meningkatkan perdagangan dan merangsang pertumbuhan ekonomi. Inisiatif ini mempunyai banyak kebaikan antaranya seperti me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustazar Mansur, Diana Chang
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21225/1/pp_4.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21225/
https://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-25-number-2-december-2022/page/2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Belt and Road Initiative (BRI) bertujuan untuk menghubugkan Asia dengan Afrika dan Eropah melalui rangkaian darat dan maritim dengan tujuan untuk meningkatkan integrasi serantau, meningkatkan perdagangan dan merangsang pertumbuhan ekonomi. Inisiatif ini mempunyai banyak kebaikan antaranya seperti meningkatkan pertumbuhan ekonomi di antara negara-negara yang sama-sama terlibat. Belt and Road Initiative (BRI) dapat membantu mengurangkan kos dan pemindahan teknologi melalui laluan darat dan maritim yang diwujudkan di bawah inisiatif ini. Inisiatif ini akan dapat membantu negara-negara terlibat terutamanya negara Asia contohnya negara Malaysia. Sedar atau tidak, Belt and Road Initiative (BRI) mampu memberikan pelbagai kebaikan dan kepentingan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam negara kita. Dengan adanya Belt and Road Initiative (BRI), Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negara kita mempunyai potensi yang besar dalam memajukan pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini telah dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan persepsi mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkenaan kepentingan Belt and Road Initiative (BRI) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Tujuan dan persoalan kajian ini juga untuk mengetahui tahap pengenalan mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkenaan Belt and Road Initiative (BRI), tahap pengetahuan mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkenaan sejarah Belt and Road Initiative (BRI) dan tahap pengetahuan mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkenaan objektif Belt and Road Initiative (BRI). Dengan ini, persampelan kajian ini telah diperolehi melalui 150 orang responden yang merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).