Persepsi pelajar terhadap bahan pembelajaran konsep budaya dan kosmologi Melayu secara dalam talian
Bahan pembelajaran yang bersesuaian dalam pembelajaran secara dalam talian adalah satu keperluan yang tidak boleh dinafikan. Pembelajaran bahasa secara dalam talian perlu mengambil kira bahan pembelajaran kerana ia membantu pembelajaran. Kajian berkaitan bahan pembelajaran konsep Budaya dan Kosmolog...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21246/1/58285-199103-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/21246/ https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Bahan pembelajaran yang bersesuaian dalam pembelajaran secara dalam talian adalah satu keperluan yang tidak boleh dinafikan. Pembelajaran bahasa secara dalam talian perlu mengambil kira bahan pembelajaran kerana ia membantu pembelajaran. Kajian berkaitan bahan pembelajaran konsep Budaya dan Kosmologi Melayu secara dalam talian masih belum dijalankan oleh mana-mana pengkaji. Bahan pembelajaran yang mudah dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja terbukti menjadi satu kelebihan dalam pembelajaran secara dalam talian. Sehubungan itu, satu kajian yang menganalisis persepsi pelajar terhadap keperluan bahan pembelajaran konsep Budaya dan Kosmologi Melayu secara dalam talian telah dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar bersedia untuk berkomunikasi secara dalam talian
dengan pensyarah dan rakan-rakan sekiranya mereka tidak memahami konsep Budaya dan Kosmologi Melayu yang dipelajari. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif bagi menganalisis maklum balas 169 orang responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden sangat bersetuju dan bersetuju bahan pembelajaran secara dalam talian perlu dibangunkan bagi memudahkan pembelajaran dan pemahaman mereka terhadap konsep Budaya dan Kosmologi Melayu. Dapatan juga menunjukkan bahawa pelajar bersedia menggunakan bahan pembelajaran tambahan sekiranya disediakan. Diharapkan kajian ini dapat membantu dalam membangunkan bahan pembelajaran secara dalam talian yang boleh memudahkan pembelajaran konsep Budaya dan Kosmologi Melayu. |
---|