Hubungan di antara jenis personaliti dengan tahap kesihatan mental dalam kalangan bekas banduan di Malaysia

Masalah kesihatan mental bekas banduan didapati semakin meningkat dan membimbangkan sehingga menjejaskan keberkesanan pengintegrasian semula bekas banduan ke dalam masyarakat. Kertas ini bertujuan untuk melihat sama ada wujudnya hubungan di antara jenis personaliti dengan tahap kesihatan mental beka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Suhaimi Mohamad, Divaghar Voothayakumar, Mohamad Rahim Kamaluddin, Fauziah Ibrahim, Manisah Mohd Ali, Kausalya Devi Sathoo
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21498/1/Hubungan%20di%20antara%20Jenis%20Personaliti%20dengan%20Tahap%20Kesihatan%20Mental%20dalam%20kalangan%20Bekas%20Banduan%20di%20Malaysia.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21498/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Masalah kesihatan mental bekas banduan didapati semakin meningkat dan membimbangkan sehingga menjejaskan keberkesanan pengintegrasian semula bekas banduan ke dalam masyarakat. Kertas ini bertujuan untuk melihat sama ada wujudnya hubungan di antara jenis personaliti dengan tahap kesihatan mental bekas banduan di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah survei ke atas 250 orang responden. Dua instrumen digunakan dalam borang soal selidik iaitu Ujian Skala Depression, Anxiety dan Stress (DASS21) bagi mengukur tahap kesihatan mental bekas banduan dan Ujian Personaliti Zuckerman-Kuhlman-40-Cross Culture (ZKPQ-M-40-CC) bagi mengenalpasti 5 domain personaliti bekas banduan iaitu Activity, Sociability, Aggresiveness-hostility, Impulsive Sensation Seeking dan Neuroticism-anxiety. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang positif yang signifikan di antara kelima-lima jenis personaliti dengan tahap kemurungan, kebimbangan dan stres dalam kalangan bekas banduan. Intervensi kesihatan mental yang khusus perlu diberikan kepada banduan sebelum dan selepas mereka dibebaskan. Ini sangat penting dalam memastikan peluang pengintegrasian semula bekas banduan ke dalam masyarakat adalah berkesan apabila masalah kesihatan mental dapat dicegah dan dirawat sebelum ianya menjadi semakin teruk.