Menangani penyakit berjangkit di Malaysia sebelum penguatkuasaan akta 342
Diskusi artikel ini mengetengahkan inisiatif yang digerakkan pihak kerajaan dalam menangani penyakit berjangkit di Malaysia sejak era tradisional. Perkembangan pengurusan pentadbiran, pengawalan serta kaedah menangani penyakit berjangkit di Malaysia mula berubah daripada konvensional kepada moden, d...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21501/1/Menangani%20Penyakit%20Berjangkit%20Di%20Malaysia%20Sebelum%20Penguatkuasaan%20Akta%20342.pdf http://journalarticle.ukm.my/21501/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Diskusi artikel ini mengetengahkan inisiatif yang digerakkan pihak kerajaan dalam menangani penyakit berjangkit di Malaysia sejak era tradisional. Perkembangan pengurusan pentadbiran, pengawalan serta kaedah menangani penyakit berjangkit di Malaysia mula berubah daripada konvensional kepada moden, dengan kehadiran pihak kolonial khususnya semasa era penjajahan British. Transisi sektor kesihatan yang berlaku di Tanah Melayu adalah berpunca daripada perubahan ekosistem yang berlaku kesan daripada aktiviti ekonomi. Sehubungan itu, muncul pelbagai jenis penyakit berjangkit baru. Masalah penyakit berjangkit yang semakin membarah di Tanah Melayu telah mendesak pihak kolonial untuk mencari solusi bagi memastikan produktiviti buruh tidak terjejas teruk, lantas membolehkan kegiatan ekonomi dapat berjalan seperti sedia kala. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan mengenal pasti sejauh mana peranan pihak kerajaan mengambil langkah serius menangani penyakit berjangkit di Malaysia sebelum penguatkuasaan Akta 342. Diskusi artikel mengguna pakai metodologi sejarah, bersifat kualitatif deskriptif dan analitikal, memfokuskan tema-tema khusus. Kajian mengguna pakai sumber primer dan sekunder, seperti fail-fail sekretariat negeri, fail Tanah Jajahan Britain (C.O. 273 & C.O. 1022), laporan-laporan tahunan KKM, akhbar, buku serta artikel. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah menangani penyakit berjangkit di Malaysia adalah rentetan daripada peninggalan yang diwarisi dari era penjajahan British. Kaedah kuarantin, sistem perparitan, aliran air bersih serta suntikan vaksin yang diperkenalkan British telah menampakkan satu keberkesanan yang lebih maksima dalam mengekang dan merawat penyakit berjangkit. Manakala bagi tempoh selepas merdeka pula, usaha terhadap pengurusan dan pengawalan penyakit berjangkit menampakkan keberkesanan dengan adanya program-program seperti Program Malaria Kebangsaan, Program Tibi Kebangsaan dan Program Kusta Kebangsaan. |
---|