Gaya kepimpinan transformasi dan transaksi terhadap komitmen organisasi konteks berkepatuhan tinggi

Komitmen organisasi dijangka dipengaruhi oleh gaya kepimpinan organisasi. Hal demikian kerana kepimpinan memberi arah tuju dan mempengaruhi ahli organisasi untuk bergerak mencapai sesuatu objektif kolektif. Dalam konteks organisasi berkepatuhan tinggi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), gaya kepim...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nuslan Mohd Nor, Suraiya Ishak
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21515/1/Gaya%20Kepimpinan%20Transformasi%20Dan%20Transaksi%20Terhadap%20Komitmen%20Organisasi%20Konteks%20Berkepatuhan%20Tinggi.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21515/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Komitmen organisasi dijangka dipengaruhi oleh gaya kepimpinan organisasi. Hal demikian kerana kepimpinan memberi arah tuju dan mempengaruhi ahli organisasi untuk bergerak mencapai sesuatu objektif kolektif. Dalam konteks organisasi berkepatuhan tinggi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), gaya kepimpinan dijangka memberi pengaruh lebih kuat terhadap tingkah laku kerja ahli termasuk komitmen organisasi. Justeru kajian ini bertujuan menganalisa pengaruh gaya kepimpinan jenis transformasi dan transaksi terhadap komitmen organisasi anggota polis berpangkat rendah dalam PDRM. Kajian telah menggunakan rekabentuk kajian kuantitatif yang berasaskan teknik survei. Soalselidik telah diedarkan kepada 226 responden dalam kalangan anggota polis berpangkat rendah yang terlibat dalam tugas pencegahan jenayah dan penguatkuasaan di Ibu Pejabat Polis dalam salah sebuah daerah di Selangor. Sampel kajian telah dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah dan terdiri daripada anggota berpangkat Sub Inspektor, Sarjan Major, Sarjan, Koperal, Lans Koperal dan Konstabel. Analisis Regresi Berganda telah digunakan bagi menguji pengaruh di antara pembolehubah dalam kerangka kajian. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transformasi dan gaya kepimpinan transaksi dengan komitmen organisasi anggota. Sehubungan itu gaya kepimpinan transformasi dan transaksi merupakan gaya kepimpinan penting yang mempengaruhi komitmen organisasi anggota polis berpangkat rendah. Dapatan kajian selanjutnya menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasi mempunyai kesan yang lebih positif dan dominan dalam menyumbang kepada komitmen organisasi yang lebih tinggi berbanding gaya kepimpinan transaksi.