Kearifan tempatan masyarakat Batujaya dalam pembuatan bata candi

Kompleks Percandian Batujaya terletak dalam daerah Kabupaten Karawang, pantai utara Jawa Barat. Kompleks percandian ini terletak dalam dua kawasan pentadbiran desa iaitu Desa Segaran dan Desa Telagajaya. Terdapat lebih daripada 20 buah runtuhan bangunan diperbuat daripada bata tersebar dalam l...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Shafiq Mohd Ali, Zuliskandar Ramli, Yunus Sauman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21653/1/Arkeologi%204.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21653/
https://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/44
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kompleks Percandian Batujaya terletak dalam daerah Kabupaten Karawang, pantai utara Jawa Barat. Kompleks percandian ini terletak dalam dua kawasan pentadbiran desa iaitu Desa Segaran dan Desa Telagajaya. Terdapat lebih daripada 20 buah runtuhan bangunan diperbuat daripada bata tersebar dalam lingkungan 5 km persegi kawasan sawah padi. Dalam kajian ini, tumpuan utama diberikan kepada kearifan masyarakat tempatan dalam teknologi pembuatan bata sebagai bahan binaan utama monumen candi di Kompleks Percandian Batujaya. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua sumber iaitu sumber pertama dalam bentuk data saintifik yang didapati daripada hasil analisis kandungan kimia bata dan sumber kedua adalah melalui penulisan-penulisan awal yang telah dibuat oleh pengkaji sebelum ini. Analisis kandungan kimia sebagai sumber pertama diperoleh daripada dua kaedah iaitu dengan menggunakan radas Sinar-X Terbelau (XRD) untuk mendapatkan kandungan mineral bata dan Sinar-X Berpendarflor (XRF) untuk mendapatkan maklumat unsur utama serta unsur surih bata. Bata daripada enam buah candi dipilih sebagai sampel kajian ini. Candi yang dipilih adalah Candi Jiwa, Candi Blandongan, Candi Asem, Candi Damar, Candi Lingga dan Candi Serut. Analisis kandungan mineral bata mendapati terdapatnya mineral anortit dan hematit pada kebanyakan bata. Ini menunjukkan bata telah dibakar pada suhu melebihi 850oC. Ini menunjukkan bahan mentah yang digunakan mempunyai kandungan pasir yang tinggi. Taburan sampel secara berkelompok menunjukkan sampel bahan mentah yang digunakan untuk membuat bata diambil daripada kawasan yang sama atau berhampiran. Perbandingan taburan antara sampel bata dan juga sampel lempung dari kawasan sekitaran Kompleks Percandian Batujaya menunjukkan terdapatnya persamaan dalam kandungan unsur utama pada kedua-dua sampel. Ini membuktikan bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan bata diambil dari kawasan sekitar Kompleks Percandian Batujaya. Penggunaan bahan mentah setempat dapat membuktikan peranan masyarakat tempatan dalam membina dan membangunkan monumen candi di Kompleks Percandian Batujaya.