Pembangunan sebuah novel sejarah: satu analisis tekstual terhadap Tun Perak Paduka Raja

Pasaran buku tempatan masa kini bukan sahaja menyaksikan penghasilan novel-novel bersifat romans atau popular sahaja, malah novel-novel sejarah turut mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pembaca. Di Malaysia, pengarang-pengarang novel sejarah mula mengambil manfaat pentas penulisan sastera seb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Has Alia Hasnan, Rohaya Md. Ali
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21664/1/Pembangunan%20Sebuah%20Novel%20Sejarah%20Satu%20Analisis%20Tekstual%20Terhadap%20Tun%20Perak%20Paduka%20Raja%20---.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21664/
http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pasaran buku tempatan masa kini bukan sahaja menyaksikan penghasilan novel-novel bersifat romans atau popular sahaja, malah novel-novel sejarah turut mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pembaca. Di Malaysia, pengarang-pengarang novel sejarah mula mengambil manfaat pentas penulisan sastera sebagai wadah untuk menyampaikan buah fikiran mereka dalam bentuk cereka yang lebih kreatif dan menarik. Antara yang menonjol dalam penulisan novel sejarah di Malaysia ialah Affifudin Omar. Melalui penulisan novel sejarah Tun Perak Paduka Raja (2017), beliau mengangkat kehebatan tokoh sejarah Tun Perak untuk masyarakat kini dengan gaya naratif kontemporari. Namun, timbul persoalan sama ada beliau mengambil kira atau tidak konsep dan ciri-ciri novel sejarah dalam penulisannya agar tidak menyeleweng daripada sejarah sebenar. Bertitik tolak daripada pernyataan tersebut, kajian membincangkan persoalan tersebut berpandukan konsep novel sejarah oleh Georg Lukacs (1962) yang menekankan tiga ciri utama dalam penghasilan novel sejarah, iaitu latar masa dan tempat, peristiwa sejarah yang diungkapkan secara tepat dan bermakna dan akhir sekali tokoh sejarah. Kajian ini dilakukan dengan kaedah analisis tekstual berpandukan konsep dan ciri-ciri novel sejarah tersebut. Kajian mendapati sememangnya novel Tun Perak Paduka Raja oleh Affifudin memenuhi ketiga-tiga ciri tersebut, iaitu latar masa dan tempat, peristiwa sejarah yang diungkapkan secara tepat dan bermakna dan tokoh sejarah dan ini membuatkan ia sebagai karya yang baik dan bermutu. Kajian ini adalah penting dalam memperlihatkan dinamika pemikiran pengarang tempatan dalam usaha mengangkat tokoh sejarah dalam penulisan kesusasteraan demi kelangsungan tamadun bangsa. Kajian ini dapat memberikan implikasi terhadap penghasilan novel sejarah yang lebih berkualiti dalam pasaran buku tempatan pada masa hadapan.