Goniothalamin berkesan secara in vitro terhadap virus Herpes manusia jenis 1 Rintang-Acyclovir
Permasalahan besar yang dihadapi dalam rawatan jangkitan virus herpes manusia jenis I (Human Herpes virus type 1, HHV-1) adalah kehadiran virus mutan yang rintang ubat antivirus iaitu acyclovir. Pencarian ubatan dengan kebolehan mengatasi HHV-1 rintang-acyclovir diperlukan bagi mengatasi masalah ini...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21719/1/ML%2026.pdf http://journalarticle.ukm.my/21719/ https://jms.mabjournal.com/index.php/mab/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Permasalahan besar yang dihadapi dalam rawatan jangkitan virus herpes manusia jenis I (Human Herpes virus type 1, HHV-1) adalah kehadiran virus mutan yang rintang ubat antivirus iaitu acyclovir. Pencarian ubatan dengan kebolehan mengatasi HHV-1 rintang-acyclovir diperlukan bagi mengatasi masalah ini. Maka, kajian ini bertujuan menentukan konfigurasi Goniothalamin (GTN) yang dipencilkan daripada Goniothalamus umbrosus seterusnya mengenalpasti kebolehannya secara in vitro merencat pencilan HHV-1 mutan yang rintang-acyclovir. Kristal yang terhasil selepas pengekstrakan bahagian akar dan batang G. umbrosus disahkan melalui GC-MS, FTIR dan NMR sebagai GTN. Kiraan puncak gandingan J (J coupling peak calculation) menunjukkan bahawa sebatian aktif ini dalam konfigurasi-cis. Sebelum ujian antivirus dilakukan, nilai kepekatan sitotoksik GTN yang membunuh 50% populasi sel Vero (CC50) ditentukan iaitu 8.747 μg/mL. Kepekatan GTN lebih rendah daripada nilai CC50 digunakan untuk penentuan kesan aktiviti antivirus. Sebanyak sebelas pencilan mutan digunakan bagi menentukan kesan aktiviti antivirus GTN dalam asai pasca-rawatan. Nilai kepekatan berkesan menurunkan 50% pembentukan plak (EC50) adalah antara 0.47 μg/mL (2.35 μM) hingga 1.42 μg/mL (6.42 μM). Nilai indeks pemilihan (SI) iaitu nisbah keberkesanan aktiviti antivirus berbanding kesitotoksikan adalah antara 6 hingga 17 yang menunjukkan bahawa GTN mempunyai potensi baik untuk bertindak sebagai agen antivirus. Kesimpulannya, GTN dalam konfigurasi cis berkesan merencat pencilan virus mutan rintang-acyclovir. Potensi tindakan tersebut penting dalam menangani kehadiran virus rintang-acyclovir terutama yang mempunyai mutasi pada timidin kinase atau polimerase DNA. |
---|