Pertikaian Inggeris-Belanda di Hindia Timur dan usaha penyelesaiannya melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Artikel ini membincangkan usaha menyelesaikan pertikaian kuasa dan lingkungan pengaruh yang tercetus di antara Belanda dan British di Hindia Timur kesan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 1814. Pertikaian di antara Belanda dengan British pasca Perjanjian Inggeris-Belanda 1814 berlaku apabila pegaw...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Aslah Akmal Azmi, Azharudin Mohamed Dali, Salina Zainol
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21801/1/Pertikaian%20Inggeris%20Belanda%20di%20Hindia%20Timur.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21801/
http://ejournal.ukm.my/jebat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Artikel ini membincangkan usaha menyelesaikan pertikaian kuasa dan lingkungan pengaruh yang tercetus di antara Belanda dan British di Hindia Timur kesan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 1814. Pertikaian di antara Belanda dengan British pasca Perjanjian Inggeris-Belanda 1814 berlaku apabila pegawai-pegawai British di Hindia Timur berusaha mendapatkan penempatan baru bagi menyaingi monopoli perdagangan Belanda. Kemuncaknya adalah apabila berlaku pertikaian akibat pertapakan British di Singapura pada tahun 1819. Usaha-usaha rundingan untuk menyelesaikan pertikaian di antara Belanda dengan British mula digerakkan namun menemui kegagalan. Pertikaian ini akhirnya berjaya diselesaikan apabila Belanda dan British bersetuju menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis permasalahan yang timbul dalam menyelesaikan pertikaian di antara Belanda dan British di Hindia Timur dari tahun 1814 sehingga 1824. Permasalahan dari sudut hak penguasaan dan kedaulatan sesebuah kawasan yang dipertikaikan merupakan antara subjek perbincangan kajian ini. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif yang berasaskan metodologi kajian sejarah dengan meneliti dokumen pentadbiran Belanda dan British terutamanya catatan yang dilakukan oleh pegawai kolonial Belanda seperti C.T. Elout dan J.C. Baud. Sumber sekunder yang releven dan berautoriti turut dirujuk khususnya perjanjian-perjanjian dan surat-menyurat peribadi yang dikumpul oleh P.H.V.D. Kemp dan A.R. Falck. Hasil kajian mendapati Perjanjian Inggeris-Belanda 1814 telah mencetuskan permasalahan dan pertikaian di antara Belanda dan British. Namun begitu, Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 berjaya menyelesaikan pertikaian kuasa dan lingkungan pengaruh serta memperkukuh hubungan Belanda dan British di Hindia Timur.