Analisis kerawakan algoritma terubah suai sifer blok ultra-ringan, SLIM
Ahli kriptografi giat menjalankan penyelidikan dalam bidang kriptografi ringan untuk mengekalkan keselamatan data dalam peranti sumber terhad seperti teg RFID, peranti perubatan dan penjagaan kesihatan serta rangkaian sensor. Satu daripada algoritma kriptografi ringan yang telah dibangunkan untuk tu...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21937/1/ST%2024.pdf http://journalarticle.ukm.my/21937/ http://www.ukm.my/jsm/index.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Ahli kriptografi giat menjalankan penyelidikan dalam bidang kriptografi ringan untuk mengekalkan keselamatan data dalam peranti sumber terhad seperti teg RFID, peranti perubatan dan penjagaan kesihatan serta rangkaian sensor. Satu daripada algoritma kriptografi ringan yang telah dibangunkan untuk tujuan tersebut ialah algoritma SLIM. SLIM merupakan algoritma sifer blok ultra-ringan khusus digunakan dalam Internet Kesihatan Benda. SLIM adalah sifer blok bersaiz 32-bit berasaskan struktur Feistel. Algoritma SLIM mempunyai keberkesanan penyulitan yang baik, walau bagaimanapun, algoritma ini tidak mempunyai fungsi kabur dan sebaran yang diperlukan oleh sifer blok sebagai satu daripada aspek keselamatan kriptografi yang harus dipatuhi. Oleh itu, bagi memperbaiki fungsi kabur dan sebaran algoritma ini, pengubahsuaian terhadap algoritma penjanaan kekunci algoritma SLIM telah dilakukan. Analisis kerawakan kemudiannya dilakukan bagi menilai kerawakan algoritma SLIM dan SLIM terubah suai dengan menggunakan Suit Ujian Statistik NIST. Sebanyak sembilan kategori data iaitu Strict Key Avalanche, Strict Plaintext Avalanche, Plaintext Ciphertext Correlation, Cipher Block Chaining, Random Plaintext Random Key, Low-Density Key, High-Density Key, Low-Density Plaintext dan High-Density Plaintext telah digunakan untuk menjana 100 jujukan input bagi setiap sampel dalam setiap kategori data. Algoritma SLIM dan SLIM terubah suai menjana blok teks sifer yang kemudiannya digabungkan untuk membentuk jujukan dedua. Berdasarkan hasil kajian perbandingan, keputusan analisis kerawakan algoritma SLIM terubah suai adalah lebih baik daripada algoritma asal berdasarkan aras keertian 1%. |
---|