Imej isteri misali dalam hikayat Melayu-Islam: penerapan metode dakwah melalui teori pengkaedahan Melayu

Teks-teks hikayat Melayu-Islam menjadi antara medium penting dalam menyampaikan ajaran Islam di alam Melayu terutama pada abad ke-15. Karya-karya bercorak naratif ini menjadi saluran dakwah ajaran Islam termasuklah dalam aspek akhlak dan kekeluargaan. Turut menjadi fokus hikayat Melayu Islam ia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhd Norizam Jamian, Muhammad Irfan Waqiuddin Hasanudin, Aulia Sari Torodji
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21977/1/Akademika_18.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21977/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Teks-teks hikayat Melayu-Islam menjadi antara medium penting dalam menyampaikan ajaran Islam di alam Melayu terutama pada abad ke-15. Karya-karya bercorak naratif ini menjadi saluran dakwah ajaran Islam termasuklah dalam aspek akhlak dan kekeluargaan. Turut menjadi fokus hikayat Melayu Islam ialah pembentukan citra isteri misali, sesuai dengan kedudukan isteri sebagai komponen penting untuk melahirkan rumah tangga dan keluarga bahagia. Makalah ini membincangkan imej isteri misali yang dipancarkan dalam dua buah karya hikayat Melayu-Islam iaitu Hikayat Darmata’siah dan Hikayat Perempuan Bernama Latifah. Analisis imej isteri misali dalam penulisan ini ditinjau dari sudut metode dakwah yang terkandung dalam Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang. Sehubungan dengan itu, perbincangan makalah ini akan menganalisis imej isteri misali sebagai sebuah metode dakwah menerusi teks-teks hikayat Melayu-Islam. Daripada aspek metodologi, kajian ini berorientasikan pendekatan kualitatif yang terbahagi kepada kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Data kajian melibatkan dua teks hikayat berunsurIslam iaitu Hikayat Darmata’siah yang terkandung dalam Antologi Enam Hikayat selenggaraan Mohd. Yusof Md. Nor (1989) dan Hikayat Perempuan Bernama Latifah selenggaraan Nik Afifah Nik Abdul Aziz (2017). Hasil kajian mendapati kedua-dua teks menampilkan nilai isteri misali yang digariskan dalam Islam. Antara ciri isteri misali yang signifikan ialah pegangan agama yang mantap, senantiasa mentaati suami, melayani suami seperti raja, dan setia. Tegasnya dari sudut dakwah, inti pati kedua-dua teks hikayat ini dalam menonjolkan imej isteri misali masih relevan dan boleh dijadikan panduan kepada golongan wanita moden hari ini.