Laras Bahasa dalam Wacana Infografik Penularan Virus Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi instagram Berita Harian
Laras bahasa merupakan satu bidang linguistik yang mengkaji hubung kait antara bahasa dan masyarakat. Masyarakat bahasa tidak dapat dipisahkan dengan bahasa yang dijadikan medium dalam seharian. Penularan virus Covid-19 juga merupakan satu situasi yang amat berkait rapat dengan masyarakat sekeliling...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22035/1/jatma%202023%201102%2004.pdf http://journalarticle.ukm.my/22035/ http://ejournal.ukm.my/jatma/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Laras bahasa merupakan satu bidang linguistik yang mengkaji hubung kait antara bahasa dan masyarakat. Masyarakat bahasa tidak dapat dipisahkan dengan bahasa yang dijadikan medium dalam seharian. Penularan virus Covid-19 juga merupakan satu situasi yang amat berkait rapat dengan masyarakat sekeliling. Bahkan virus ini telah menjadi isu dunia kerana telah meragut banyak nyawa. Makalah ini akan membincangkan penggunaan laras bahasa dalam infografik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha mencegah penularan virus ini. Medium bahasa sebagai wadah penyampaian amat penting dalam memupuk kesedaran dan pemahaman bersama. Oleh itu, kajian linguistik berkenaan infografik ini sangat berguna bagi mewujudkan kefahaman dalam kalangan masyarakat bahasa akan bahaya virus Covid-19. Bagi menjelaskan laras bahasa yang dipaparkan menerusi Instagram Berita Harian, kajian ini akan memanfaatkan pendekatan Halliday (1978). Halliday telah menyenaraikan tiga konsep, iaitu field, mode dan tenor bagi tujuan menjelaskan keperluan sesebuah teks yang akhirnya mencerminkan laras yang digunakan. Justeru itu, kajian ini akan mengenal pasti dan membincangkan konsep laras bahasa dengan pengaplikasian pendekatan oleh Halliday (1978) dan pada masa yang sama turut menyentuh aspek wacana yang berkaitan dengan infografik menerusi Instagram Berita Harian. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa field, mode dan tenor terkandung dalam wacana infografik Covid-19 yang dipaparkan menerusi Instagram Berita Harian. Ketiga-tiga komponen ini amat penting dalam penyampaian sesebuah wacana yang bersifat informasi kepada pengguna laman Instagram. Kajian ini memberi nilai tambah pada kajian laras bahasa dan juga kajian berkenaan wacana infografik Covid-19 menerusi Instagram. |
---|