Wanita dan persekitaran kerja dalam bidang STEM

Kemajuan dalam bidang teknologi pada masa kini telah menggalakkan ramai individu untuk melibatkan diri dalam STEM iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik walaupun pada hakikatnya penglibatan wanita dalam STEM adalah rendah. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpast...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurhamizah Binti Rashid, Yashawini Abaquin Singaravelu, Norain Binti Mod Asri, Norshamliza Chamhuri, Azrina Abdullah Al-Hadi, Hazrul Izuan Shahiri
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22052/1/61148-212094-1-PB%20---.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22052/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kemajuan dalam bidang teknologi pada masa kini telah menggalakkan ramai individu untuk melibatkan diri dalam STEM iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik walaupun pada hakikatnya penglibatan wanita dalam STEM adalah rendah. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti faktor yang mampu menggalak wanita untuk menyertai dan terus berada serta mengetuai STEM. Justeru, analisis penjelajahan faktor (EFA) diaplikasi terhadap 200 responden wanita yang bekerja dalam STEM di Malaysia dalam pelbagai bidang sama ada dalam sektor swasta atau sektor awam. Kaedah EFA ini dapat merumuskan data agar hubungan dan corak kajian boleh ditafsir dan difahami dengan mudah. Hasil kajian mendapati bahawa sifat maskulin dalam diri wanita merupakan faktor yang mempengaruhi keputusan dan penglibatan wanita dalam STEM manakala faktor kemudahan institusi mendorong wanita untuk menyertai dan berada lama dalam STEM. Oleh yang demikian, kedua - dua faktor ini perlu diambil kira oleh majikan dalam menyediakan persekitaran kerja yang lebih kondusif untuk memastikan wanita terus kekal dan menjadi peneraju dalam bidang STEM baik di sektor awam mahupun di sektor swasta.