I‘jaz ‘ilmi terhadap penggunaan bahagian-bahagian biji kurma sebagai amthal dalam al-Quran
Tumbuh-tumbuhan adalah salah satu unsur yang banyak terkandung di dalam al-Quran. Penggunaan unsur tumbuh-tumbuhan dapat dilihat dalam pelbagai bentuk persembahan melibatkan Lathaif Quraniyyah di dalam al-Quran. Ada diantaranya yang dipamerkan Allah s.w.t. sebagai objek amthal, ada pula kalimah yang...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22086/1/al%20turath%206.pdf http://journalarticle.ukm.my/22086/ https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/19 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Tumbuh-tumbuhan adalah salah satu unsur yang banyak terkandung di dalam al-Quran. Penggunaan unsur tumbuh-tumbuhan dapat dilihat dalam pelbagai bentuk persembahan melibatkan Lathaif Quraniyyah di dalam al-Quran. Ada diantaranya yang dipamerkan Allah s.w.t. sebagai objek amthal, ada pula kalimah yang datang dengan bentuk yang bebas, namun tetap dapat difahami kerana unsur leksikal yang dibawa menjelaskan konteks keseluruhan ayat. Dalam ilmu Ulum al-Quran, ia dikenali sebagai Fahwa al-Khitab dalam bab al-Mantuq wa alMafhum iaitulah ungkapan yang terbentuk difahami secara maknawinya bukan pada lafaznya. Ini adalah salah satu I’jaz al-Bayani yang terdapat di dalam al-Quran. Setelah maklumat dalam al-Quran dapat difahami dengan mendalam, maka perbincangan terhadap unsur-unsur fizikal seperti tumbuh-tumbuhan dapat dilihat dari aspek I’jaz ‘Ilmi untuk melihat bagaimana Allah s.w.t. menggunakan unsur-unsur alam ini sebagai satu permisalan sehingga manusia dapat memahami perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal dan pancaindera. Fokus perbincangan kajian ini ialah dalam bidang analisis I’jaz al-Bayani terhadap penggunaan unsur tumbuhtumbuhan, iaitu berfokus kepada bahagian-bahagian biji kurma sebagai amthal dalam al-Quran, dan mengenal pasti perkaitannya dengan konteks ayat dari aspek I’jaz ‘Ilmi. Kajian ini mengaplikasikan metod kualitatif deskriptif dengan menganalisis kandungan dokumen merangkumi buku, tesis, artikel jurnal, kertas kerja seminar dan bahan penerbitan lain. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, diharapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat untuk mendalami al-Quran dan kemukjizatannya. |
---|