Analisis kata ganti nama diri dalam Hikayat Sultan Ibrahim Ibn Adham

Karya sastera Melayu lama merupakan khazanah bahasa dan sastera yang memaparkan ciri-ciri bahasa yang tersendiri berbeza dengan bahasa Melayu kini. Kelainan ciri bahasa ini bukan sahaja dari aspek leksikon dan sintaksis, malah meluputi aspek penggunaan kata ganti nama diri (KGND). Sehubungan itu, ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Anis Shahirah Sabarudin, Kartini Abd. Wahab
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22282/1/JD%202.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22282/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Karya sastera Melayu lama merupakan khazanah bahasa dan sastera yang memaparkan ciri-ciri bahasa yang tersendiri berbeza dengan bahasa Melayu kini. Kelainan ciri bahasa ini bukan sahaja dari aspek leksikon dan sintaksis, malah meluputi aspek penggunaan kata ganti nama diri (KGND). Sehubungan itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis penggunaanKGND dalam teks Hikayat Melayu lama. Kertas kerja ini akan memfokuskan perbincangan tentang (i) bentuk KGND dan (ii) menganalisiskekerapan jenis KGND dalam teks hikayat Melayu lama. Metodologi kajianini berbentuk analisis deskriptif dan analisis kuantitatif. Data kajian ini adalah bersumberkan teks Antologi Enam Hikayat, susunan Rusell Jones dan teks ini diusahakan oleh Mohd. Yusof Md. Nor. Pengkaji memberi fokus kepada satu hikayat dalam antologi Enam Hikayat ini seperti tajuk tertera. Dapatan kajian menunjukkan bentuk KGND pertama, kedua dan ketiga digunakan dalam teks hikayat lama. Dari aspek kekerapan pula, didapati bahawa ‘-nya’ merupakan KGND ketiga yang tertinggi digunakan dalam teks hikayat iaitu sejumlah 39%, diikuti oleh KGND ketiga iaitu ‘baginda’ sejumlah 13% dan KGND pertama sejumlah 10% iaitu ‘-ku’dan ‘hamba’. Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa terdapat kepelbagaian bentuk KGND dan perbezaan kekerapan penggunaan KGND dalam teks Antologi Enam Hikayat. Hal ini dipengaruhi oleh faktor perbezaan taraf sosial lapisan masyarakat Melayu lama.