Relevansi sabar dalam pembangunan moral komuniti kejiranan menurut pendekatan nabawi

Sabar merupakan satu sifat yang dipuji agama kerana meneladani sifat-sifat keunggulan nabawi. Namun, persekitaran komuniti mencalarkan ketenteraman masyarakat yang gagal mengawal emosi marah sehingga mengakibatkan ketirisan moral dalam komuniti kejiranan. Kes-kes yang berlaku pertengkaran akibat m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Dzar Ahmad, Ahmad Haiqal Fitri Ahmad Fuad, Mohammad Haafiz Aminuddin Mohd Azmi, Muhamad Razif Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22491/1/Islamiyyat_45_1_15.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22491/
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1604
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sabar merupakan satu sifat yang dipuji agama kerana meneladani sifat-sifat keunggulan nabawi. Namun, persekitaran komuniti mencalarkan ketenteraman masyarakat yang gagal mengawal emosi marah sehingga mengakibatkan ketirisan moral dalam komuniti kejiranan. Kes-kes yang berlaku pertengkaran akibat marah melibatkan pelbagai peringkat diterjemahkan melalui perilaku komuniti amat membimbangkan. Sehubungan itu, pendekatan sifat sabar wajar dicontohi berdasarkan pengamalan yang dianjurkan Nabi SAW. Implementasi sifat sabar mencerminkan etika akhlak masyarakat muslim. Artikel ini menggunakan sorotan literatur melalui beberapa sumber primer dan sekunder. Artikel ini juga menggunakan kaedah deduktif dan tematik. Hasil kajian mendapati sifat sabar merupakan sebahagian nilai pembangunan moral insan. Komponen sifat sabar perlu dipraktikkan dalam urusan yang melibatkan legasi hidup bersosial dalam komuniti gaya hidup berjiran. Justeru, elemen-elemen seperti penjagaan lidah dalam komuniti berjiran, tuntutan memuliakan jiran, memelihara keharmonian jiran dan menghindari jiran yang buruk moralnya perlu disadurkan dengan sifat sabar. Oleh itu, relevansi sifat sabar seharusnya dipupuk dari usia kecil. Bahkan disemai dalam interaksi sosial berorientasikan pendekatan nabawi bagi mewujudkan keharmonian warga komuniti kejiranan khususnya dalam meneruskan kehidupan yang kian mencabar.